Assalamualaikum buat teman2 yang sudi meluangkan masa melawati blog saya ini.
Hari ni saya nak kongsikan sikit pendapat saya tentang MUHASABAH DIRI. Perkataan2 ini rasanya sering kita dengar. Tapi persolannya, sejauh mana kita sebagai manusia mengamalkannya.
Kehidupan yang semakin dewasa dan mencapai akal yang matang, acap kali kita bertemu dengan pelbagai jenis ragam manusia.
Yang berlagak kaya tapi papa...
Yang mulut lancang tanpa berfikir persaan orang lain...
Yang menjaja cerita tidak benar...
Yang sentiasa menuding jari...
Yang suka mengambil kesempatan dalam kesempitan...
Akan tetapi jangan di ketepikan nilai2 manusia positif.
Yang rajin membantu...
Yang ikhlas membantu...
Yang tanpa sedar membenarkan kepalanya di pijak golongan diatas...
Dan sebagainya.
Apa yang saya ingin tekankan ialah, dimana seharusnya kita guna sikap MUHASABAH DIRI.
Selalu juga kita merungut,
"Haishh.... asyik aku saja yang nak beralah"
"Aku je yang selalu tolong orang. Tapi orang tak hargai"
"Aku penatla jaga hati dan perasaan orang. Tapi orang sakitkan hati aku"
Pasti saja kita mengalami situasi seperti ini. Tak lain tak bukan solusinya ialah SABAR. Dalam masa yang sama, kita perlu MUHASABAH DIRI. Jangan sesekali kita berfikir kita tidak pernah berbuat silap sesama manusia.
Mungkin juga sikap seseorang berubah jadi kasar kerana sikap kita. Cuba kita kaji semula apa yang kita sudah lakukan? Mungkin pernah menyinggungkan perasaan. Tanpa kita sedari.
That why, dalam perkataan english, THINK BEFORE YOU TALK. Berfikir dulu sebelum berkata2. Sesungguhnya lidah manusia ini tajam dan hati manusia ni halus. Terguris sikit pun, akan menyebabkan permusuhan berlaku. Nauzubillah minzalik.
Oleh itu, seharusnya kita menjaga adab sesama manusia. Jangan sesekali kita bersikap pentingkan diri sendiri. Bersikap terbuka menerima teguran, sikap menegur dengan berhemah akan menyatu padukan kita sesama manusia. Sesungguhnya syaitan akan sentiasa menyesatkan pemikiran manusia.
Akhir kata dari saya, MUHASABAH DIRI akan membentuk personaliti yang berfikiran terbuka.