Wednesday, 2 November 2016

Bawakan cinta ke surga



“Wahai gadis, 1000 lelaki mampu janji bulan & bintang, tapi ada seorang lelaki yang bila berjanji sedaya upaya dia tunaikan. Lelaki itu bapa kamu”

Ayat - ayat ni membuatkan aku tetiba teringat salah seorang yang aku sayang iaitu ayah aku. Sebagai anak perempuan yang semakin matang dan semakin melanjut usia, aku semakin mengerti pengorbanan dan kerja keras ayah dalam membesarkan aku. Ayah seorang yang agak pendiam dan jarang menunjukkan kasih sayangnya berbanding dengan mak. Biasala mak selalunya bermulut bising. Tapi tidak bagi ayah. Diam-diam dia kalau marah, nauzubillah.

Mahu pun anak lelaki ataupun anak perempuan, apabila semakin meningkat dewasa ada saja perangai dan tingkah laku yang kadang-kadang lansung tak disenangi. Selalu marah, tak puas hati dan sebagainya. Yer la. Darah mudakan. Begitu jugalah aku. Bukan nak buka aib sendiri but, want to share tentang apa yang ada dalam fikiran. Orang kata, masa umur 13-18 tahun ni la jiwa muda semakin membuak-buak. Asyik nak enjoy je. Masa aku hampir masuk sekolah menengah, aku selalu tak puas hati dengan parent sebab tak faham jiwa aku. Aku nak hang out dengan kawan-kawan masa hujung minggu pun tak boleh. Selalu kena bising suruh belajar… belajar… dan belajar… Susah jadi kakak pada 3 orang adik lelaki. Aku rasa macam apa guna yang lain kalau asyik aku, aku, dan aku?

Apa yang menyedihkan bila aku pernah terfikir yang “kalau la ayah aku macam ayah dia tu” Subhanaallah… aku tak tahu kenapa sampai macam tu sekali aku rasa. Bila dah besar ni fikir balik, it so stupid. Dan ada jugak aku pernah merungut. “Kenapalah aku tak dilahirkan dalam keluarga yang senang?”. You know sometimes I feel likes, kau ni tak bersyukur lansung! Untung kau masih ada mak dan ayah. Betul tak? Tapi walaupun aku berfikiran macam tu. Aku tak pernah berkasar yang sangat kasar pada my parent sampai mencarut-carut. NO! I still have my respect to them. I love them but only at mouth. Tak rasa betul-betul lagi.

And now, when im too matured to thinking about life, baru aku sedar apa itu satu keluarga. Dah masuk 20 tahun ni, baru aku sedar dan nampak apa my parent pernah korban kan untuk aku. Aku bersyukur aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang hidup sangat sedarhana tapi kaya dengan kasih sayang dan hormat antara satu sama lain. Bila aku start further study dalam diploma dan aku mula belajar hidup jauh daripada keluarga. Aku mula terasa betapa bernilainya kualiti waktu bersama. Aku tak nangis lansung. But my mom always crying at home. Setiap 3 hari mesti call. Kadang-kadang setiap hari. Teringat bila masak makanan kegemaran aku. Always asked me, “cukup tak duit kakak? Kalau tak cukup nanti mak masukkan duit.” haha… as what mother always do.

Masa sem 1, aku tak dapat lagi ptptn. Masa tu aku kena beli buku untuk kos aku. Architecture mesti guna duit banyakkan. Aku kena beli buku bernilai RM 300. macam mana nak cakap kat mak ni. Kami adik beradik kalau nak mintak duit pada ayah salurannya melalui mak. Entah la. Sebab takut kut. Aku risau sangat masa tu. Tapi jawapannya, “tak apa. Untuk belajar mak tak kisah. Nanti mak cakap pada ayah.” Aku rasa serba salah sangat.

Bila aku imbas balik, terlalu banyak sebenarnya pengorbanan ayah untuk aku. Sejak daripada aku tadika lagi. Pergi lawan nasyid jauh-jauh diaorang sanggup datang support aku. Aku masih ingat macam mana aku tercari-cari mak dengan ayah daripada atas pentas. Bila nampak ayah melambai rasa seronoknya tak terkata. Ajak pergi situ sini. Jom saja. Bila aku kata lebih suka dengar lagu masa belajar, ayah belikan radio untuk aku. Harini cakap nak pergi rombongan sekolah, esok pagi dah tersedia duit. Allahhu… mungkin ni perkara biasa bagi hidup dalam keluarga kaya. But not for me. Ayah hanya seorang pekerja kampung saja.

Sekolah menengah kalau tahun pmr dengan spm ada kelas petang, setiap hari ayah akan ambik. Tak call pun tetiba dah ada kat luar sekolah. Ramai kawan - kawan lain balik naik bas ataupun ada kenderaan sendiri. “Mak cakap, ayah risau aku naik bas. Biar dia ambik hari-hari tak apa.” walaupun kadang-kadang dengan baju kerja sambil bawak moto usang dia tu. Aku tak malu. Aku bangga sebab ayah jaga aku, sayang aku. Sayang dia tidak dengan mulut tapi dengan perbuatan.

Sampai la sekarang masa aku jadi student. Balik pun sebulan sekali. Kadang-kadang sampai 2 bulan. Tak macam orang lain balik seminggu sekali, 2 minggu sekali. Kadang-kadang aku jealous. Rindu dekat family. Tapi ada masalah lain yang menyukarkan aku nak balik. Bila dapat balik, punya seronoknya. Mak asyik jamukan dengan makanan kegemaran aku.

Apa yang buat aku tersentuh, baru - baru ni musim durian. Dan aku dah lama tak makan durian. Dekat tempat belajar takut nak beli sendiri. Dekat rumah, ayah selalu bawak durian. Bukan beli. Tapi hasil daripada jaga kebun orang. Aku mintak mak simpankan. Tapi tak dapat la rasa yang fresh. Masa balik daripada kampung raya haji, nampak orang jual tepi jalan. Tanpa aku mintak pun, ayah terus berhentikan kereta kat tepi dan belikan durian untuk aku. Ayah cakap kat orang yang jual tu, “anak nak merasa yang fresh. Dulu masa musim tak balik.” hanya Allah yang tahu apa yang aku rasa masa tu. Dan aku makan durian tu tepi jalan dengan rasa yang sangat dihargai. Dah la sebijik 6 ringgit. Bukannya besar pun. Ayah suruh makan puas-puas. Aku makan 2 biji je. Tu pun kongsi dengan yang lain.

Bila di ingat balik terlalu banyak sangat pengorbanan mak dengan ayah yang selama ni aku lansung tak nampak. Aku selalu berpesan pada diri aku sendiri, buat mak dengan ayah bangga. Sihatkan mereka, panjangkan umur dan murah rezeki. Tu je yang aku doakan masa solat. Aku bersyukur ada mak ayah seperti mereka.

Mungkin cerita aku tak segempak cerita dan kenangan korang. Cuba imbas balik kenangan kita. Cuma satu je nak pesan, walau siapa dan macam mana pun mak dan ayah kita, kita kena bersyukur sebab mereka dah jaga dan besarkan kita dengan penuh kasih sayang. Jangan sesekali kita lupa akan pengorbanan mereka kerana cinta mereka akan kita bawa hingga ke syurga.Terima kasih kerana membaca sampai habis. Semoga kita semua bahagia bersama keluarga tercinta. Aminn.