Tuesday, 14 March 2017
AKHIR RASA INI
Penyesalan mengenali dia tak pernah hadir dalam hati aku. Apa yang berlaku buat aku belajar sesuatu. CINTA TAK SEMESTINYA MEMILIKI. Aku tak salahkan dia yang cuba dan sering memberi harapan ketika itu. Hanya Allah yang tahu betapa ikhlas aku mencintainya.
Perkenalan yang singkat cukup mentah untuk aku kenali siapa dirinya. Tapi dalam usia yang muda, aku degil. Aku terus mengejar cinta manusia sedangkan Allah lebih memerlukan cinta daripada hambanya. Persahabatan yang singkat menjadi perkara mudah untuk terus hilang berjauhan tanpa ada sekelumit rasa bersalah mahupun rindu. Tapi tidak bagi aku. Kehilangan secara tiba-tiba buat aku rasa sangat tertekan. Kenapa? Kenapa? Kenapa? terjadi saat aku sangat memerlukan kehadirannya. Seusia setahun jagung, aku berfikir... Adakah ini yang orang kata CINTA?
Aku terus berusaha untuk kembalikan segalanya. Tapi aku gagal. Aku menangis... kecewa... memberontak. Persoalan demi persoalan yang datang. Apa salah aku? Kenapa tiba-tiba berubah? Adakah aku hanya tempat persinggahan disaat kau ada masalah? Jawapannya cukup ringkas,
"Aku bukan tak nak kawan. Tapi aku kena jaga hati orang lain." Aku cuba untuk faham. Tapi tak boleh. Hati aku masih terus mencari kelibatnya. Tiada yang faham apa yang aku rasa. Dan aku tak pernah rasa macam ni. Setelah aku berfikir.... Baiklah... aku akan cuba terima.
Benci dan rindu saling bertukar ganti. Tangisan tidak dapat ku hitung kiraannya lagi. 1 tahun. 2 tahun. 3 tahun. 4 tahun. 5 tahun. Walaupun mengalami tahun yang sukar, akhirnya aku semakin berfikiran dewasa. Tapi dia masih tiada pengganti. Aku mula bingung. Kenapa sukar melupakan mu? Mencintai lelaki lain tidak seperti aku mencintai kamu. Sungguh... Aku berkata benar. Doa sudah ku pohon pada Yang Kuasa. Jika kita benar ditakdirkan, pasti kita akan bersatu semula.
Pada tahun ke 5, aku cuba mendekatinya lagi. Pelik. Kenapa aku tidak berputus asa? Aku beranikan diri. Ternyata ada feed back yang positif daripadanya. Laman sosialnya sudah aku jumpa. Tapi aku tidak selemah dulu. Menangis pun sudah tidak ada. Tapi kenapa aku masih menunggu dan susah nak lupakannya?
Tahun ke -6 aku wish birthday nya. Memang dia masih ingat aku. Tapi aku tahu hanya bualan setakat itu. Aku mula redha. Aku semakin boleh melupakannya. Tapi jauh di lubuk hati, nama dia masih ada. Aku cuba pujuk hati. Lupakan dia. Biarkan aku bahagia. Aku berdoa agar segalanya di tentukan oleh Nya. Aku akan terima segala kemungkinan. Wajahnya.... Suarnya.... Parasnya semakin aku lupa. Aku sudah boleh lupakannya.
Namun segalanyanya berubah bila aku kembali bertemunya tanpa di sangka. Subhanallah... Apa sebenarnya yang Allah cuba tunjukkan. Adakah hanya mahu menguji sejauh mana keredhaan aku. Bertahun usaha melupakan dia ternyata sia-sia. Dia kembali. Kenapa dia kembali bila aku dah boleh lupa segalanya. Aku mula runsing. Pada pertemuan itu dia kelihatan bersahaja. Masih ingat atau buat-buat tak kenal. Ahh... biarlah dia. Dia relax je kenapa aku nak kecoh macam ni?
Aku juga cuba berlagak seperti biasa. Padahal dalam hati dah macam-macam rasa. Degupan laju. dan akhirnya dia pergi macam tu je tanpa satu patah kata pun. Bodohnya aku! Aku kembali pada kehidupan seperti biasa. Sibuk dengan study sampai aku tak ada masa memikirkan semuanya. Kadang kala aku tidak menafikan perasaan rindu. Gambarnya kembali aku tatap. Haishhh.... apa nak jadi dengan aku ni.
Jauh aku berfikir kenapa aku masih macam ni. dan aku rasa ada sebabnya. Iaitu aku masih rasa hubungan ni tergantung selagi aku tak jelaskan apa yang terbuku di hati. Walaupun aku sudah maklum apa jawapannnya, namun aku sudah tidak peduli. Cara ini harus dilakukan supaya hati aku lega. Aku beranikan diri untuk jelaskan segalanya pada dia. segalanya. tentang perasaan...
Dia faham apa yang aku maksudkan dan terus menolak dengan baik. Aku tidak terkejut kerana aku sudah tahu. lagipun aku dah maklumkan dari awal pada dia, tujuan aku terus terang untuk melupakan dia. Ajakan untuk berkawan aku tolak. No! Tak mungkin perasaan cinta boleh tukar menjadi kawan. Ada baiknya aku undurkan diri je. Alhamdulillah hati aku sedikit lega. tapi hati aku perlu berkorban untuk seketika. Malam itu aku menangis untuk buangkan segalanya. Menangis sepuasnya. Dan keesokan harinya, aku semakin lega.
Ya. Ini sebenarnya apa yang aku soalkan. Mungkin aku je yang faham. So, secara offically nya kami memang setakat ini sahaja. Aku serahkan segalanya pada Allah. Aku yakin ada rancangan yang lebih baik untuk aku. Sekarang ni hati aku memang dah setakat ini. Aku sedar sekarang ni aku hanya mementingkan kerjaya dan kesenangan di masa hadapan bersama keluarga.
Aku cuba menepis segalanya walaupun selepas kejadian itu, kami berjumpa tanpa di sangka lagi. Tapi aku cuba untuk kuatkan hati dan mula sedar, DIA BUKAN MILIK AKU LAGI. Jadi, amatlah perlu untuk aku yakinkan bahawa PERASAAN INI BERAKHIR DISINI.
Selamat tinggal.
14.3.2017 11.23 a.m.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment