"Sabarlah, Farisya"
BAB 1
"Ye abang. Isya dah sampai rumah ni. Baru je. Tak keluar dari kereta lagi ni."
"Cepat la masuk. Sudah la tiba-tiba hilang," jawab suami ku.
"Cik abang sayang, Isya dah ada dekat depan rumah ni. Kejap lagi Isya naik bilik sebab Isya ada something nak bagitahu abang ni. Okay, bye. Love you." Aku memasukkan semula telefon bimbit ke dalam beg tangan ku. Ini lah kehidupan ku. Sangat bahagia di samping suami tercinta. Sudah setahun lebih kami berkawin. Aku bersyukur kerana mendapat suami sebaik Harris. Lelaki bekerjaya, kaya, bertanggungjawab dan yang penting dia sayang aku.
"Argghh!" Mommy? Aku meluru masuk ke dalam rumah banglo 3 tingkat itu apabila terdengar suara ibu mertua ku.
"Mommy?" Aku mencari di setiap sudut rumah. Aku mendapati ada sesusuk tubuh sedang terjelepuk di atas tangga. Aku meluru ke arah mommy dengan niat ingin membantu.Tetapi, tangan ku ditepis dengan kasar. Ni la dianya. Walaupun kami suami isteri bahagia, tapi perkahwinan kami kurang direstui mommy. Kami pula duduk dengan daddy dan mommy. Kata Harris, sebagai anak lelaki, suami aku tu nak jaga mommy dan daddy. Aku tak kisah dan aku juga tak membantah.
"Mommy, Isya cuma nak tolong." Aku cuba menghulurkan tangan dan membantunya bangun.
"Tak payah nak tunjuk baik pada aku. Eh, menyampah la aku dengan kau ni. Sengaja nak tunjuk baik depan Harris kan? Sebenarnya kau nak kikis harta dia." Lancang betul mulut mommy. Sambil jarinya menuding-nuding kearah aku.
"Astagfirullah hal azim. Mommy. Kenapa mommy cakap macam tu? Isya tak ada niat pun nak buat macam tu mommy. Isya sayangkan Harris." Mata aku sudah mula berair. Sebenarnya sudah acap kali aku mendengar kata-kata seperti itu. Aku sudah tidak kisah cuma aku buntu macam mana cara lagi mahu berbaik dengan ibu mertua ku ini.
"Isya! Isya buat apa ni?" Harris menuruni tangga dengan pantas.
"Mommy? mommy tak apa-apa ke?" Suami ku membantu ibu mertuaku berdiri.
"Ris... Kaki mommy ni sakit Ris. Aduh!" Mommy cuba untuk mengambil perhatian daripada anak kesayangannya.
"Ya Allah. Macam mana boleh jatuh ni mommy?" Harris bertanya lagi. Aku hanya mampu berdiam diri.
"Mommy tak tahu la Ris. Mommy rasa tadi mommy berselisih dengan Isya dekat atas tangga. Tiba-tiba Isya nak tergelincir dan terus tarik mommy. Alih-alih mommy pulak yang terjatuh. Hmm.. Isya tak ada apa-apa ke?" Mommy? Kecil mata ku melihat ibu mertua ku. Kenapa dia tukar cerita pulak ni. Tak kira aku perlu bersuara.
"Apa yang awak nak jelaskan lagi? Isya, kenapa macam ni? Kalau ya pun nak jumpa sangat dengan abang, jalan tu elok-elok la. Macam budak-budak!" Harris meninggikan sedikit suaranya kepada aku. Mata aku sudah mula berkaca-kaca. Dengan perlahan mommy menghilangkan diri membiarkan aku berhadapan dengan Harris.
"Abang... Isya tak..."
"Tadi Isya pergi mana? Keluar tak bagitahu abang?" kata-kata aku dipintas dengan satu lagi soalan.
"Isya pergi jumpa..."
"Jumpa siapa? Jumpa Wan? Isya tahu tak apa hukumnya isteri keluar rumah tanpa izin suami?" Harris push aku lagi. Kejadian tengahari itu, aku yang dipersalahkan. Aku betul-betul tak boleh tahan. Dengan linangan air mata, aku berkata.
"Isya pergi klinik jumpa doktor bukan jumpa jantan lain." Aku terus berlari menaiki tangga dan mendiamkan diri dalam bilik. Aku menangis semahunya. Aku tak kisah kalau mommy benci aku. Tapi, aku tak boleh terima bila Harris mula mempersoalkan tentang kesetiaan aku. Aku mula tersedar apabila mendengar seseorang membuka pintu bilik. Tentunya Harris. Aku menanti dengan senyuman. Aku pasti dia akan memujuk aku. Dia terus masuk kedalam bilik air dan tak lama kemudian dia menutup lampu dan terus baring di atas katil. Aku menanti. Dia tak pujuk pun. Tak lama kemudian aku menyedari dia sudah tidur. Aku kembali tidur dengan hati yang sebak.
BAB 2
Pagi ini memang menyusahkan aku. Keluar masuk bilik air tanpa henti. Tekak aku rasa loya. Hanya tuhan saja yang tahu betapa rasa peritnya tekak ini. Kepala pulak pening. Agaknya inilah dianya yang dikatakan morning sickness. Ya. Aku telah pun mengandung. Tetapi, Harris tak tahu lagi. Kejadian semalam membuatkan aku rasa kasih sayang dia sudah semakin pudar. Tak guna aku bagitahu dia dalam keadaan yang tak gembira. Aku kembali duduk di birai katil dan mengelap mulutku. Terasa semua tenaga ku sudah hilang.
"Isya, mana briefcase abang? Abang nak pergi office dah ni." Harris masuk ke dalam bilik secara tiba-tiba. Kenapa dia tak panggil aku sayang macam selalu?
"Isya, briefcase abang mana? Mengelamun pulak dia." Harris kembali bersuara.
"Ada dekat atas meja tu. Sekajap Isya ambilkan." Aku berjalan dengan lesunya ke arah meja di penjuru bilik kami. Kepala pulak semakin menjadi-jadi sakitnya. Aku meletak kembali briefcase itu dan berlari masuk kedalam bilik air. Aku muntah lagi.
"Sayang, kenapa ni?" Harris datang menghampiri dan mengusap belakang badan ku. Sayang jugak rupanya. Aku tak boleh bercakap. Aku asyik muntah saja. Perit rasanya tekak ni. Apabila sudah berhenti, sakit kepala tiba-tiba menyerang dengan kuat. Aku terus tidak sedarkan diri.
Aku membuka kelopak mataku. Aku masih berada di dalam bilik. Tapi, kepala aku masih lagi pening.
"Sayang. Sayang dah bangun?" Aku memandang pemilik suara itu. Harris mengusap lembut pipiku.
"Nasib baik sayang tak ada apa-apa. Risau abang tau," ujar Harris sambil menggenggam tangan kanan ku.
"Ingatkan abang dah tak sayang Isya lagi." Aku masih mahukan pujukan.
"Ish.. kenapa Isya cakap macam tu? Abang tahu, abang yang salah, sayang. Maafkan abang ya, tuan puteri?" Aku tersenyum suka dengan pujukannya. Alhamdulillah. Tapi, anak aku tak ada apa-apa ke? Aku mengusap perutku.
"Anak kita tak ada apa-apa. Sihat. Hmm.. sampai hati sayang tak bagitahu abang. Doktor Fatimah juga yang bagitahu." Harris berkata.
"Dari semalam lagi Isya nak bagitahu abang. Tapi, lain jadinya." Aku cuba mempertahankan diri.
"Memang Isya yang salah. Keluar tak bagitahu abang. Tahu-tahu dah hilang," ujar Harris tak puas hati.
"Isya jugak yang salah? Bukannya orang tak ajak. Abang cakap buzy nak pergi main golf dengan anak Dato' Muiz. Ye la. Memang Isya yang salah." Aku terus mengiring membelakangkan Harris. Sakit pulak hati ni. Aku jugak yang dipersalahkan.
"Alolo... Okay, okay abang yang salah. Abang mintak maaf. Hai, sayang abang ni sejak dah ada geng semakin kuat merajuknya." Harris terus baring dan memeluk ku. Aku tersenyum lagi. Semoga saja hidup kami bahagia selamanya.
"Sayang, terima kasih sebab sudi mengandungkan anak abang," bisiknya di telingaku.
"Abang, siapa yang dah tahu pasal Isya dah mengandung?" tanya ku. Tiba-tiba pulak terfikir.
"Hmm... abang dah bagitahu seluruh dunia," ujar Harris sambil ketawa.
"Cakap la betul-betul. Main-main pulak dia." Aku menjawab dengan nada yang sengaja ditinggikan.
"Relax la sayang. Hishh, baby, ibu asyik nak marahkan papa je. Kesian kat papa, baby." Harris mengusap perutku dan pelukan semakin dieratkan. Aku ketawa kecil.
"Mommy dah tahu. Adik dah tahu. Mama dan papa pun dah tahu. Cuma daddy je belum sebab dia tak balik lagi. Nanti masa makan malam kita bagitahu sama-sama, okay?" Harris mengucup dahi ku. Aku menolak badannya dan berlari masuk bilik air. Huhh.. dia datang lagi. Apa ni sampai kemalam. Ni bukannya morning sickness... ni 24 hour sickness. Tapi, Harris sentiasa menemani aku. Okay la tu.. hahaha...
"Sayang nak lauk apa? Abang ambil kan." Harris cuba memujuk apabila aku tak mahu makan.
"Kenapa ni Isya? Tak sihat ke? Daddy tengok macam penat je." daddy mula bersuara. Aku tersipu malu. Tak tahu nak jawab apa. Mommy dah pandang lain macam. Mesti dia kata aku gedik.
"Harini Kak Isya muntah-muntah daddy. Tu yang lemah je tu," ujar Helina.
"Eh, dah ada isi ke ni? hah, Ris?" Pandai betul daddy ni.
"Alhamdulillah daddy. Dah masuk 2 bulan." Harris tersenyum gembira. Demi melihat muka mommy macam tak puas hati tu. Aku masukkan la jugak nasi dalam mulut. Bukan aku gedik tak nak makan. Takut nanti. "uwekk" kan. Baru nak cakap. Aku menutup mulut sambil berlari ke dapur. Harris turut mengekori. Aku membuang segala-galanya. Mak Yam yang masuk ke dapur terkejut. Selepas habis semuanya. Aku kembali lega.
"Dah la. Isya berehat je dekat atas. Tak payah makan dah. Jom, abang temankan sayang naik." Aku menolak.
"Tak apa. Isya boleh naik sendiri. Abang sambung la makan balik." Aku terus berjalan.
"Betul ni? tak nak abang temankan?" Aku mengangguk dan Harris hanya tersenyum sebagai tanda setuju. Aku terus berlalu menaiki tangga.
Aku yang sedang leka menonton tv sambil memicit kepala dikejutkan dengan ketukan pintu daripada luar. Pintu dibuka dan aku sudah tahu siapa orangnya.
"Sayang, ni abang bawakkan susu panas. Sayang kan tak makan tadi. Susu ni ada la dapat alas perut sikit," ujar Harris dan memberi segelas susu itu kepada ku. Aku ambil dan minum je la. Nanti kena bebel pulak. Aku kembali baring sebab aku rasa badan aku lemah sangat. Kepala pulak sakit memanjang.
"Mana sakit? Biar abang urutkan." Tangan Harris sudah berada diatas kepala ku. Bestnya kalau hari-hari macam ni. Dah macam tuan puteri.
"Abang..." Lalu aku berbaring diatas ribanya. Dia meneruskan urutan pada kepalaku.
"Ada apa?" tanyanya pula.
"Mommy masih tak dapat terima Isya sebagai isteri abang dan menantu dalam rumah ni, kan?" Aku mula mengeluarkan perkara yang terbuku dihati.
"Kenapa sayang cakap macam tu?"
"Ye. Mommy tak suka Isya. Mommy langsung tak tanya pasal kandungan Isya. Langsung tak nasihat Isya macam mak mertua yang lain," luah ku lagi.
"Ishh.. tu la dianya kalau banyak sangat tengok drama. Sekarang dah merepek. Sayang, mommy tu memang macam tu. Dia tu jenis susah nak percaya pada orang. Lama-lama nanti, okay la tu. Isya sabar la ya?" pujuk suamiku. Aku hanya mampu balas dengan senyuman.
BAB 3
"Mak Yam, sedap la buah mangga ni. Huh.. Isya dah lama tak makan," ujar ku tak henti-henti makan buah mangga itu.
"Isya ni, dah berapa biji makannya? Jangan makan banyak-banyak sangat. Nanti lain jadinya," tegur Mak Yam pula. Hmm.. kan best kalau mommy macam ni.
"Okay.. ni yang akhir Mak Yam. Mak Yam masak apa hari ini? Macam banyak je." Aku berjalan menghampiri Mak Yam yang sedang menyiang ikan.
"Hmm.. Isya. Harini ada tetamu istimewa Datin datang makan tengahari," beritahu Mak Yam.
"Tetamu istimewa mommy? Siapa?" Aku menjadi tertanya-tanya.
"Untie! " Eh, macam kenal je suara tu.
"Tu dengar tu suara gedik dia. Hmm.. dah sampai la tu." Tergelak aku bila Mak Yam mengajuk cara perempuan gedik tu bercakap dengan mommy.
"Isya nak intai-intai jap." Aku terus berlalu dan berdiri di sebalik tirai dapur. Ya Allah, gediknya perempuan ni. Urr..
"Untie... Farah rindu sangat pada untie. Ni untie. I buy some sushi for you." Meriuk lintuk pinggang Farah. Tak sakit ke?
"Terima kasih, honey. Siapa cakap untie tak rindukan Farah. Rindu sangat tau." Mereka berdua ketawa.
"Anyway, untie. Harris mana? Farah dah lama tak jumpa dia. Rindu la pulak?" Eh, perempuan ni.. Nak rindu pada laki aku pulak. Karang ada yang kena sumbat sushi dalam mulut tu karang.
"Ohh... rindu ya? Untie tahu, honey. Hmm, Harris balik makan tengahari dengan kita nanti. Sikit lagi balik la dia," kata mommy mertua ku. Patut la beria suruh Ris balik makan tengahari. Eh, laki aku dah balik.
"Farah, tu kereta Ris tu. Dia dah balik," ujar mommy. Farah bertambah gembira. Dia bangun dan membetulkan bajunya. Sebaik saja Harris buka pintu perempuan itu mula meluru. Eh, tak boleh jadi ni.
"Abang dah balik?" Aku berlari anak mendapatkan Harris lalu mencium tangan dan mengambil briefcase ditangannya. Saja aku buat manja depan perempuan tu. Aku tahu dia dah mula berapi. Padan muka kau.
"Ris, ni Farah ni tak nampak ke? Penat dia datang dari jauh," ujar mommy. Farah dah tersipu malu.
"Hai, Farah. I dah lama tak jumpa you. Kenapa you balik sini?" tanya Harris. Aku disisinya masih menanti.
"I balik sebab I rindu pada you. I nak kawin dengan you. Boleh kan?" Gila perempuan ni. Dia suami aku la.
"Woo.. sorry la Farah. I sudah pun berkahwin. Meet my lovely wife, Farisya. Sayang, ni Farah." Aku dengan hormatnya menghulurkan tangan. Tapi, dia tak sambut pun salaman aku.
"Okay la, I nak naik atas mandi. Mommy, Ris naik dulu. Nanti Ris dengan Isya turun makan. Jom sayang, kita mandi." Selamba je suami aku ni. Tapi bagus jugak. Biar padan muka perempuan gila tu. Harris menarik tanganku.
Rasa malas pulak nak turun makan. Mungkin kenyang sangat kut. Sampai 5 biji aku bedal buah mangga tu tadi. Aku terbaring terlentang di atas katil. Menguak-nguak tangan macam aksi berenang. Tiba-tiba aku teringat pada baby aku dalam perut ni. Hmm.. Dah masuk 2 bulan lebih kandungan aku. Tapi, masih tak nampak lagi memboyot. Tak sabar rasanya nak ada anak. Mesti bertambah bahagia keluarga kami. Aku mengusap-usap perutku.
"Sayang, kenapa tak turun lagi? Kan tadi abang cakap turun dulu." Suamiku keluar daripada bilik air tanpa berbaju. Hanya tuala sahaja yang terlilit dipinggangnya. Harris membuka almari baju. Aku masih terbaring atas katil.
"Isya nak tunggu abang. Isya nak turun dengan abang sekali." Aku memberikan senyuman yang menawan padanya. Harris turut memandangku.
"Ye la tu. Abang tahu sebenarnya sayang jelouse, kan?" Duga suamiku.
"Jelouse dengan siapa?" Aku buat-buat tak faham.
"Dengan Farah. Abang tahu. Lagipun cara dia memang manja sikit," jawab suamiku.
"Manja? Itu bukan manja abang. Itu namanya gedik. Mengada-ngada." Aku membuat muka. Harris ketawa.
"Kan betul, sayang cemburu." Harris duduk menghampiri ku. Aku kembali duduk dan sandar dibahunya.
"Relax la sayang. Abang tak pandang perempuan lain selain isteri abang sorang ni." Dia memicit hidungku.
"Isya tak suka la dengan dia tu. Gedik sangat. Lentok sana. Lentok sini. Dah tu ada hati nak ajak abang kahwin," bebel ku lagi. Harris hanya ketawa saja.
"Sudah-sudah la nak mengutuk orangnya. Berdosa tau. Ajak abang join sekali pulak tu. Dah jom turun sebelum mommy yang naik atas." Harris menarik tanganku dan kami berjalan turun ke bawah.
"Jemput makan, Farah. Ala macam tak biasa pulak." Lembut suara mommy bercakap dengan Farah. Siap tolong ambilkan lauk lagi. Err..
"Thank you, untie." Suara gedik itu pun muncul lagi.
"Sayang, makan la. Kenapa? Tak lalu nak makan ke?" Suara Harris membuatkan aku kembali ke alam nyata. Aku hanya mengukir senyuman. Mommy, mommy. Kenapa la benci sangat pada Isya? Isya tak pernah pun buat salah pada mommy. Hai... Sabar lah wahai hati.
"Ris, you free tak petang ni?" Farah bertanya pada Harris.
"Free kut. Kenapa you tanya?"
"I nak ajak you temankan I. Boleh tak?" lembut suaranya seakan memujuk.
"Temankan you? pergi mana? I rasa tak boleh kut. Petang ni I nak spend time dengan isteri I dekat rumah. Sorry, okay?" suamiku berterus terang. Tiba-tiba datang pulak rasa bangga.
"Ris, temankan la Farah tu. Kalau nak spend time dengan Isya, bila-bila masa pun boleh. Lagipun, mesti Isya izinkan. Kan Isya?" Aku dan mommy saling berpandangan. Aku tak nak Harris keluar dengan perempuan gila tu. Aku ada hak. Aku isteri dia.
"Isya rasa, tak kut. Lagipun, Harris mesti penat dan nak rehat je dekat rumah. Kan abang?" Aku meminta sokongan daripada suamiku.
"Kalau Isya dah cakap macam tu, abang okay je. Lagipun abang malas nak keluar petang-petang ni," ujar suamiku lalu sambung menyuapkan nasi ke dalam mulut.
"Hai, Ris. Takkan takut bini kut. Tak gentle la macam tu." Farah menyindir aku. Dia ketawa.
"Ris, jangan jadi lembu dicucuk hidung sudah la." Mommy pun? memang melampau.
Aku bangun dan semua memandang. "Farah, sekurang-kurangnya aku dah jaga suami aku supaya tak termakan pujukan dan kegedikan kau. Dan mommy, hanya Allah yang tahu niat saya. So, tak perlu la kut mommy nak siasat" Aku terus tinggalkan meja makan dan mula mendaki tangga untuk ke bilik. Harris yang memanggil, langsung tidak ku pedulikan. Hati aku benar-benar sakit.
"Menangis lagi?" ujar Harris setelah masuk ke dalam bilik. Sedikit keluhan keluar dari mulutnya. Dia menghampiri ku di atas katil.
"Isya, abang rasa tak baik Isya cakap macam tu pada mommy. Niat dia baik," nasihat Harris itu semakin memarakkan api.
"Abang dengar tak tadi, diaorang kutuk Isya? Salah Isya jugak ke?" Aku memandang anak matanya. Aku tahu Harris tersepit di antara ibu dan isteri. Tapi, kalau tak suami, siapa yang nak bela aku?
"Abang tahu. Abang rasa serba salah, Isya. Isya pun dah tahu perangai mommy tu macam tu, jangan la layan sangat." Harris menarik ku kedalam pelukannya. Aku menolak.
"Abang, mommy benci Isya. Mommy tak suka Isya duduk dalam rumah ni," bentak ku masih tidak puas hati.
"Isya, abang dah cakap sebelum ni, kan? Jangan fikirkan benda tu sangat. Nanti lama-lama Mommy okay la. Perangai Isya macam ni buat abang bertambah serabut tau tak? Cuba fikir positif sikit!" Suara Harris yang semakin meninggi mengejutkan aku. Balik-balik aku yang bersalah dalam hal ni. Aku terus baring dan menarik selimut sehingga menutupi kepala. Sekali lagi aku dengar dengusan suami ku.
"Hmm.. merajuk la tu. Tak habis-habis merajuknya. Lantak Isya lah. Abang dah malas nak pujuk dan melayan karenah Isya ni." Seketika kemudian aku dikejutkan dengan bunyi pintu yang agak kuat. Tangisan ku semakin kuat. Malam sudah membuka tirainya. Sejak aku mandi hingga selesai solat isyak, Harris langsung tak masuk bilik. Hmm.. mesti marahkan aku. Tiba-tiba bunyi ketukan pintu menerpa.
"Isya... Mak Yam ni"
"Ada apa Mak Yam?" tanya ku setelah membuka pintu.
"Ni susu. Harris suruh Mak Yam hantarkan. Isya minum ya?" ujar Mak Yam dengan senyuman.
"Oh, okay. Terima kasih Mak Yam." Aku mengambil susu itu dan terus menutup pintu. Aku duduk di birai katil sambil merenung mug berisi susu. Awalnya suruh minum susu? Baru pukul 9.30. Hmmm... dah macam tak nak tidur dalam bilik ni je malam ni. Aku terus meneguk minuman itu. Setelah habis aku terus baring dan terus tertidur.
BAB 4
Di tengah malam yang sepi, aku terjaga kerana merasakan perut ku sangat sakit. Bukan sakit nak pergi toilet. Tapi, ni sakit yang lain macam. Aku memandang sebelah. Nasib baik Is tidur dalam bilik ni jugak. Sakitnya sudah semakin tidak dapat ditahan.
"Abang! Abang! Bangun..." Tangan kiriku menekan perut. Harris terjaga daripada tidurnya dan memisat-misat mata.
"Ada apa Isya? Tengah malam ni," ujar Harris masih dalam separuh sedar.
"Abang! Perut Isya sakit sangat ni abang!" Berpeluh-peluh aku menahan sakit. Sakit ku ini hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya.
"Sakit? kenapa ni sayang? Nak abang sapukan ubat?" Harris mula cemas. Dia bangun dan membuka lampu dan kembali merapati aku. Nafas aku sudah semakin tidak teratur.
"Abang! Ya Allah sakitnya, Abang tolong, abang." Suara ku semakin lemah.
"Ya Allah, sayang. Banyak darah ni Isya? Kenapa ni?" Aku juga terkejut melihat kelangkang ku sudah dipenuhi darah. Aku sudah mula tidak sedap hati. Aku memeluk erat badan Harris apabila aku merasa sangat sakit.
"Abang bawa pergi hospital. Jom!" Harris mengangkatku. Aku memeluk erat badannya kerana aku merasa sangat sakit. Tiba-tiba pandangan ku gelap.
Aku membuka mata dengan perlahan. Terasa pening seketika. Aku dekat mana ni? huh.. Aku di hospital.
"Sayang dah sedar?" ternyata riak wajah Harris sangat lega apabila aku telah sedar. Tetapi, wajahnya agak kusut. Huhh.. anak aku.
"Abang, anak kita tak ada apa-apa kan?" Aku menggosok perut ku. Berharap anak ku tidak terjadi apa-apa. Tetapi, kenapa Harris tak jawab pertanyaan aku?
"Abang, anak kita tak ada apa-apa kan?" tanya ku lagi. Harris menggenggam tangan kanan ku dengan eratnya.
"Farisya!" Mamaku masuk ke dalam wad ku. Aku tersenyum gembira apabila melihat mamaku.
"Farisya okay ke ni?" tanya mamaku.
"Isya okay, ma. Jangan la risau. Cuma Isya nak tahu macam mana dengan anak Isya? Dia baik ke? Abang? Isya tanya ni." Aku memandang wajah Harris. Tangan masih tidak aku lepaskan.
"Ris, kau tak bagitahu lagi?" Mama bertanya kepada suamiku. Harris hanya menggeleng. Aku menjadi lebih tanda tanya. Ada apa-apa yang berlaku ke ni?
"Kenapa? bagitahu saja la," ujar ku ingin tahu.
"Sayang. Anak kita dah tak ada." Aku bagai di panah petir. Betul ke apa yang Harris cakap ni?
"Abang. Mana boleh anak kita tak ada. Kan haritu doktor Fatimah cakap pada abang yang Isya memang mengandung." Tanpa sedar air mata ku mengalir. Sesungguhnya aku masih tidak tahu apa yang terjadi tapi ianya membuatkan aku menangis. Harris menggenggam erat tangan ku.
"Sayang, dengar cakap abang ni. Kandungan sayang dah gugur. Anak kita dah tak ada." Harris memelukku. Dia pula yang menangis. Malah aku terdiam dan membisu. Bagai mimpi. Baru semalam aku dapat rasa naluri seorang ibu. Aku memegang perut ku. Betul ke ni? Anak aku dah tak ada. Air mata aku mengalir lagi. Ya Allah...
"Abang... Anak kita dah tak ada? Tapi, kenapa?" Aku menangis dalam pelukannya. Sebaik sahaja aku bangun berita ini yang harus aku terima? Ya Allah, kuatkah aku? Harris memeluk erat tubuh ku dan mengelus rambutku.
"Tak apa lah sayang, dah tak ada rezeki," ujar Harris memujuk ku. Tapi, hati aku rasa bagai ingin pecah.
"Abang! Kenapa Isya boleh gugur abang? Ni semua salah Isya. Isya tak jaga kandungan Isya elok-elok." Aku separuh meraung di dalam wad itu. Harris memegang bahuku. Dia memandang mataku.
"Isya, dengar sini. Dengar cakap abang. Bukan salah Isya. Abang tahu Isya dah jaga kandungan tu elok-elok. Tapi, kalau Allah dah takdirkan, kita nak buat macam mana? Dah tak ada rezeki, Isya." Aku terus memeluknya dan menangis teresak-esak. Kasihan anak ku. Tidak sempat melihat dunia.
Sudah 4 hari aku duduk di hospital. Hari ini aku balik ke rumah. Sepanjang aku di hospital, mommy langsung tak datang menjenguk aku. Bila di tanya pada daddy, mommy sakit kepala la. Ada tetamu la. Aku tahu, tu semua alasan sebab tak nak jumpa aku.
"Isya dah balik?" Mak Yam menyambut ku di pintu. Aku pun tak boleh banyak bergerak sangat. Dah macam orang lepas pantang. Atas nasihat dan kata-kata daripada suamiku, aku menganggap ini sebagai satu ujian untuk ku. Aku redha kalau memang ini dah tertulis untuk aku terima.
"Mari sini beg tu Ris, Mak Yam bawak kan." Mak Yam mengambil beg di tangan Harris. Harris memimpin ku ke bilik.
"Isya, duduk bilik bawah ya? Nanti senang Isya nak panggil abang dengan Mak Yam kalau Isya perlukan apa-apa," cadang Harris. Aku hanya mengangguk.
"Isya rehat dulu dalam bilik ni, okay. Abang nak ambil baju Isya dalam bilik kita." Harris menyelimutkan aku dan terus menuju ke pintu.
"Abang tidur dalam bilik ni sekali ya?" Harris ketawa setelah mendengar kata-kata ku.
"Ya, sayang. Abang tidur sini. Abang keluar dulu ya?" Aku mengangguk dan Harris terus keluar.
BAB 5
Kini aku semakin pulih dan semakin kuat. Aku sudah boleh melakukan aktiviti seperti biasa. Tetapi, Harris masih menghalang dan suruh aku rehat je. Hai.. Untung siapa dapat suami aku ni. Eh, aku la yang untung, kan... Mana boleh orang lain. Aduh, lapar pulak perut ni. Nak makan la. Aku bangun dan terus berjalan menuju ke pintu. Tapi, orang luar buka dulu.
"Sayang, nak pergi mana ni?" Harris terus berjalan ke arah ku.
"Isya nak makan. Isya lapar," ujar ku sayu saja. Harris memegang tangan ku.
"Dah.. Isya duduk balik. Biar abang ambil kan," ujar Harris pula.
"Tak nak. Isya nak makan dekat dapur. Please, Isya nak berjalan." Aku berkata dengan lemah lembut. Hanya itu saja yang boleh buat suami ku cair.
"Ye la. Yela. Jom abang bawak kan." Kan dah cair. Ha ha... senang je nak pujuk. Harris merangkul pinggang ku.
Aku berjalan agak perlahan. Kadang-kadang terasa sakit sikit. Bila aku dah mula berkerut, suami aku pun berkerut sama. Kelakar pun ada tengok rupa dia.
"Sayang okay tak ni? Abang tengok macam sakit lagi je," tanya suami ku sambil memimpin ku menuju ke dapur.
"Hish! Abang ni. Jangan la manjakan Isya sangat. Kalau Isya tak berjalan selalu, bila nak baiknya? Bosan tau tak duduk dalam bilik tu," ujar ku panjang lebar.
"Hmm... yer la yer la." Dia mengalah juga. Tiba-tiba aku mendengar suara mommy dan Farah. Rancak betul bersembang. Mengutuk siapa lah tu?
"Apa untie? Farisya dah gugur?" Eh, diaorang sebut pasal aku.
"Ha'ah. Farah, diam la sikit. Nanti perempuan tu dengar. Padan muka dia, Farah. Ada hati nak tunjuk lagak depan untie. Ha, terima la padahnya." Terima padahnya? Jangan cakap dia yang...
"Ni mesti untie yang punya kerja kan? Untie buat apa?" tanya Farah. Aku masih menanti dengan sabar. Ingin mengetahui kebenaran. Harris juga mendengar dengan teliti. Mukanya sedikit berubah.
"Hahaaha.. Untie masukkan ubat dalam susu dia malam tu. Tiba-tiba tengah malam untie dapat tahu yang perempuan tu masuk hospital. Untie yakin ubat tu dah pun berhasil" Mommy ketawa. Aku terpana seketika. Mommy punya angkara. Aku dan Harris saling berpandangan. Aku sudah mula menangis dan terus masuk ke dapur. Harris yang terlalu terkejut juga mengikuti ku.
"Mommy! Apa salah anak Isya sampai mommy nak bunuh dia. Kalau mommy nak Isya mati, bunuh saja Isya. Jangan nak libatkan anak Isya. Mommy memang kejam! Mommy tak bagi peluang pada anak Isya nak tengok dunia. Mommy kejam!" Aku menjerit-jerit pada mommy yang sedang kaku memandang Harris yang telah mendengari segala perbuatan terkutuknya. Aku terus keluar daripada dapur dan berjalan menuju ke bilik dengan hati yang lara. Aku mendengar suara Harris yang turut kecewa dengan mommynya. Bergema suaranya seluruh rumah. Aku tidak peduli. Biar Harris tahu siapa mommynya yang sebenar.
Aku mengusap perutku yang kini tiada penghuni di dalamnya. Kejam betul mommy. Sayang, ibu mintak maaf sebab tak jaga kamu elok-elok. Salah ibu sayang. Huhh... aku bukan seorang ibu yang baik. Air mata mengalir lagi. Dengan perlahan aku baring di atas katil. Mengiring menghadap tingkap. Aku cuba untuk melelapkan mata. Tapi, tak boleh. Aku bangun dan berdiri di balkoni bilikku. Aku memejam mata tatkala angin malam menyapa tubuh ku. Terasa tenang sekali. Namun begitu, hati ini masih sebal dan sesal. Air mata mengalir lagi. Kenapa Allah beri begitu besar dugaan dan cobaan untuk aku harungi? Ya Allah, kau kuatkan lah hati ini. Aku takut aku akan melakukan perkara yang dimurkai mu.
Sepasang tangan memeluk tubuhku. Sungguh tenang hidupku apabila bersama Harris. Kami berdua masing-masing mendiamkan diri. Melayani angin malam yang sungguh damai. Harris memusing badan ku menghadapnya. Dia memandang anak mataku. Matanya cukup memaparkan kekesalan yang teramat sangat. Dengan tiba-tiba hati aku menjadi pilu dan suara mommy tiba-tiba bergema di ruang telinga ku. Tanpa sedar aku kembali menangis. Harris mengeluh dan menarikku ke dalam dakapannya. Harris mengusap-ngusap rambutku. Aku memeluknya dengan erat. Tangisan hiba masih bergema.
"Im so sorry. It's all my fault. " Suara kesal Harris membuatkan aku semakin sebak. Harris memegang bahuku. Aku memandang raut wajahnya. Hidungnya merah. Matanya berkaca-kaca.
"Abang mintak maaf, sayang. Abang tak sangka ini semua angkara mommy," ujarnya bersungguh-sungguh.
"Abang, Isya dah lama cakap pada abang yang mommy tak sukakan Isya. Tapi, abang tak percaya. Abang cakap perangai mommy memang macam tu." Aku memandang wajahnya. Harris terus memelukku.
"Abang tahu sayang. Abang yang salah. Abang mintak maaf." Aku menghamburkan keluhan. Segalanya takkan berguna lagi. Anak aku dah pun pergi. Tak apa la. Sekurang-kurangnya aku pernah merasai ada kehidupan dalam rahimku.
"Dah la. Sejuk duduk dekat luar ni. Nanti sayang sakit pulak. Jom masuk dalam." Harris membawa ku masuk dan menutup pintu balkoni. Dia memandang wajahku sedalamnya. Aku pun rasa macam lain macam je. Kenapa aku diam je ni? Mungkin terlalu terkejut agaknya.
"Jom kita tidur, ya?" Suamiku mengangkat badan ku dan dibaringkan diatas katil kami. Namun segaris senyuman menjelma di wajahku. Dengan perlahan aku mengangkat kepala ku dan diletakkan di atas dada sasanya. Tangan kirinya merangkul kemas pinggangku. Manakala tangan kanannya menggenggam tanganku yang berada diatas dadanya.
"Abang dah fikir masak-masak." Aku memandang wajahnya. Keputusan apa yang dia dah fikirkan?
"Kita pindah hujung minggu ni." Aku sedikit terpana.
"Pindah?" Harris mengangguk.
"Kenapa? sayang tak nak pindah? Abang tak nak sayang terluka lagi bila duduk dalam rumah ni. Isya tahukan abang terlalu sayangkan Isya." Panjang kata-katanya. Memang aku tahu yang dia sayang sangat pada aku. Tapi...
"Isya bukan apa abang. Nanti mesti mommy cakap Isya yang ajak abang pindah. Mesti lepas ni mommy lebih bencikan Isya." Itu sebenarnya yang lebih menakutkan aku.
"Sayang, pedulikan apa yang mommy nak cakap. Asalkan abang tahu apa yang terjadi. Abang tak nak Isya diapa-apakan lagi. Daddy tak tahu apa yang dah jadi ni. Kalau daddy tahu, abang yakin daddy pun akan suruh kita pindah," ujar suamiku.
"Abang dah benci mommy ke?" Harris terdiam. Ya Allah ni dah salah.
"Abang jangan la benci pada mommy. Berdosa abang. Lepas ni kita buat macam biasa je okay?" Harris memandang wajahku.
"Sungguh mulia hati isteri abang ni. Abang tak benci mommy, sayang. Cuma, sebagai anak, abang malu ada ibu yang sanggup nak musnahkan kebahagiaan anaknya sendiri. Abang tak sangka mommy sanggup buat macam ni." Aku hanya mampu tersenyum. Harris semakin mengeratkan pelukan.
"Apa-apapun, kita pindah jugak hujung minggu ni. Nanti abang uruskan semuanya. Sayang nak tinggal dekat mana dan nak rumah macam mana? Nanti abang belikan." Mak oi.. Nak terus beli. Memang betul orang kaya. Tapi, aku ni bukannya jenis suka mengambil kesempatan.
"Isya tak kisah abang. Asalkan selesa." Harris mengangguk sambil tersenyum. Ah.. aku bersyukur sangat kerana mempunyai suami yang macam ni. Aku berjanji selepas kami sudah duduk rumah sendiri nanti, aku akan jadi isteri yang baik.
BAB 6
Pagi ini terasa sunyi saja banglo ni. Aku menuruni tangga meninggalkan Harris yang sedang mandi diatas. Aku memasuki dapur. Mak Yam tak ada. Mungkin dalam bilik. Aku berpatah balik untuk singgah di meja makan. Kosong? Hmm, biar aku la yang masak. Aku kembali ke dapur. Aku membuka peti sejuk. Nak masak apa untuk breakfast harini? Mee goreng la. Rasanya semalam aku nampak 2 kampit mee kuning. Aku mengeluarkan sayur-sayuran untuk dimasukkan ke dalam mee goreng ku. Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Sempat lagi.
Aku mulakan kerja dengan memotong bawang. Lama kelamaan, mata aku pedih. "Ah, pedihnya." Aku mengesat-ngesat mataku. Seronok jugak sekali sekala dapat masak macam ni. Sejak aku duduk rumah banglo ni, aku jarang memasak sebab Mak Yam yang menyediakan semuanya. Aku hanya dapat tolong sikit-sikit je.
"Isya? Kenapa Isya yang masak pulak ni? Biar Mak Yam yang masak." Aku memandang Mak Yam yang sedang menghampiri ku.
"Mak Yam tak sihat, ek?" Aku berjalan menghampiri Mak Yam dan merasa suhu badannya. Memang panas.
"Mak Yam demam ni. Dah la pergi la rehat. Mak Yam cuti harini. Biar Isya yang masak." Aku menyuruh Mak Yam berehat.
"Tak payah la Isya. Sikit je demam ni. Sikit lagi Mak Yam, okay la," ujar Mak Yam pula.
"Mak Yam, pergi la rehat. Mak Yam tak sihat kan?" Harris tiba-tiba memasuki dapur. Aku sudah tersenyum pada Mak Yam kerana cadangan ku turut dipersetujui.
"Ya lah. Dah korang berdua suruh Mak Yam rehat. Mak Yam rehat. Nanti kalau Datuk tanya, Mak Yam cakap korang yang suruh" Mak Yam sudah bangun dan dengan perlahan memasuki biliknya. Aku ketawa dan terus menyambung kerja. Tiba-tiba, sepasang tangan gatal melingkari pinggang ku. Terus aku berhenti.
"Ni lagi sorang mengacau. Dah la pergi duduk depan. Biar Isya masak dengan tenang dekat dapur ni." Aku meneruskan memotong bawang.
"Tak nak. Abang nak kacau sayang masak." Manja sungguh suaranya. Hai suami aku ni. Kalau nak bermanja pun, jangan la dekat sini. Harris membenamkan mukanya di bahuku. Sesekali aku kegelian apabila bibirnya mengucup tengkuk ku. Tangannya dah memeluk pinggang ku.
"Abang! Jangan la." Aku menolak badannya. Harris ketawa lalu melepaskan aku daripada pelukannya.
"Nak tolong," ujar Harris yang sudah mula membasuh tangan.
"Tak payah la. Biar Isya buat sorang. Kacau je," ujar ku pula.
"Ala, bagila abang tolong. Bagitahu je kena buat apa." Aku memandang Harris dengan jelingan. Harris pula balas dengan senyuman. Tiba-tiba, dia memercikkan air tangannya pada muka ku.
"Abang!" Aku menjerit. Harris ketawa.
"Okay, okay. Sorry" Harris mengambil tisu dan mengelap muka ku sambil ketawa. Muka aku sudah masam mencuka.
"Ala, jangan la marah abang. Sorry" Harris mengucup lembut bibir ku. Aku tersenyum kembali. Nasib baik tak ada yang nampak. Suami aku ni la. Suka hati dia je.
"Kalau nak tolong sangat ambil 2 kampit mee tu, rendam dalam air panas sekejap. Harris mengangguk dan terus mencari mee dalam kabinet. Aku terus kan kerja memotong segala bahan masakkan. Kemudian aku kisar semua bahan dengan pengisar. Selepas mengisar, aku kembali memotong sawi.
"Argghh!" Aku memandang Harris yang sedang memegang tangannya.
"Ya Allah abang. Tu la Isya cakap tak payah tolong. Abang nak jugak." Aku menarik tangan Harris ke singki untuk dibasuh dengan air sejuk.
"Ala, sikit je ni. Tak sakit pun." Aku menggeleng kepala mendengar kata-kata suamiku ni.
"Dah. duduk je. Jangan nak sibuk." Harris mengikut kata-kata ku. Aku meneruskan semula kerja aku.
"Sayang, harini abang nak jumpa orang yang uruskan rumah kita tu." Harris tiba-tiba bersuara.
"Oh, ya? Dekat mana abang beli rumah?" tanya ku pula sambil menumis bahan-bahan.
"Ada la. Abang nak buat suprise dekat sayang. Bila dah selesai semuanya dan pada hari kita pindah nanti, sayang akan tahu." Aku hanya mampu tersenyum mendengar suprise nya. Malas nak tanya lebih-lebih.
BAB 7
"Pindah?!" Bergema suara mommy di segenap ruang tamu. Aku hanya mampu mengeluh dan menundukkan muka. Aku tahu dia takkan setuju.
"Tak! Mommy tak benarkan kamu keluar daripada rumah ni." Keras suara mommy memberi arahan kepada kami. Aku memandang sekilas wajah suami ku di sisi. Tertekan. Kasihan suami ku.
"Faridah, biarkan je la mereka nak pindah. Biar mereka hidup berdikari. Sampai bila nak duduk bawah ketiak awak je," ujar daddy yang sentiasa menyokong keputusan kami. Aku sedikit lega.
"Tak! Mommy cakap tidak! Jangan sesekali keluar daripada rumah ni. Faham?!" Bulat mata mommy memandang kami. Aku menjadi gerun seketika. Aku memaut lengan Harris di sebelah ku.
"Mommy. Tolong la kali ni mommy dengar cakap Harris. Boleh tak?. Biarlah kami hidup tenang sebagai suami isteri. Kami nak berdikari." Harris cuba untuk melembutkan hati mommy. Mommy memandang wajah ku dengan muka yang bengis. Aku menundukkan muka dan menguatkan pautan tangan ku di lengan Harris.
"Aku tahu! Sebenarnya perempuan ni yang menghasut kau suruh pindah kan? Mommy dah agak benda ni akan terjadi. Perempuan sial!" Mommy meluru kearah ku dan menarik rambut ku.
"Abang!" Aku menjerit. Terasa sakit kepalaku dengan sentakan pantas tangannya. Ketika mommy mahu menampar muka ku, Harris memelukku untuk menghalang. Aku memeluknya dengan erat.
"Mari sini aku ajar kau. Perempuan tak tahu malu! Kau dah bomohkan anak aku kan!" Mommy semakin galak mencuba untuk memukul ku.
"Faridah! Stop it! " Daddy juga cuba untuk menyelesaikan pergaduhan ini tetapi mommy betul-betul dah naik hantu. Aku menangis dalam pelukan Harris.
"Mommy, sudah! Mommy!" jerit suamiku. Tapi mommy tidak peduli. Tangan ku tiba-tiba disentak kuat hingga membuatkan aku terlerai daripada pelukan Harris. Aku terjelepuk diatas lantai. Mommy mengambil peluang untuk menampar muka ku bertubi-tubi. Aku lansung tidak membalas tapi aku tetap menghalang pukulan mommy.
"Mommy," ujar ku dalam tangisan. Sampai terjatuh mommy kerana ingin memukul ku. Harris bangun daripada sofa dan memeluk ku lagi.
"Mommy! Sudah!" jerit suamiku lagi.
"Faridah!" Daddy menarik mommy dan satu penampar yang keras dilepaskan. Mommy terdiam. Aku masih menangis dalam pelukan Harris. Terasa sakit pada pipi dan bibir ku ini. Terasa ada tangan yang membelai muka ku. Aku menjerit kesakitan apabila jari Harris terkena hujung bibir ku.
"Ya Allah. Berdarah!" Darah? ya allah, patut la sakit sangat. Tangisan ku semakin perlahan.
"Sampai berdarah awak pukul Isya? Awak sedar ke tak ni? Syaitan mana yang telah masuk dalam badan awak ni, Faridah?" Keras suara daddy. Mommy hanya terdiam sambil memegang pipinya.
"Ris, kalau macam ni gayanya. Baik kamu pindah. Daddy izin kan," ujar daddy sambil memandang kami. Mommy tiba-tiba berjalan meninggalkan kami.
"Terima kasih daddy," ujar suami ku.
"Sudah. Pergi bawak Isya ke klinik. Macam teruk je daddy tengok." Tanpa berlengah, Harris terus mengangkat badan ku.
"Tak payah la abang. Isya nak masuk bilik je," ujar ku yang tidak mahu pergi ke klinik.
"Tapi, Farisya. Luka tu. Daddy tak nak apa-apa terjadi pada menantu daddy ni," lembut suara daddy memujuk.
"Tak apa la daddy. Sikit je ni. Nanti Ris tolong sapu ubat okay la sikit ni," ujar ku meyakinkan daddy.
"Betul ni, sayang?" Aku mengangguk kepala.
"Kalau macam tu, Ris bawak je Isya masuk bilik. Make sure sapu ubat." Arah bapa mertuaku. Harris mengangguk dan terus membawa ku ke dalam bilik.
"Aduh!" Aku mengerang kesakitan apabila jari Harris terkena tepi bibirku.
"Tahan sikit ya, sayang," lembut suara suamiku sambil tekun menyapu ubat. Aku mengerut dahi apabila terasa sakit. Memang teruk mommy pukul aku ni.
"Kalau mama dengan papa tahu ni, mesti mereka marah," ujar suami ku dan pada akhir katanya keluar satu keluhan berat. Aku faham perasaannya.
"Tak payah la bagitahu mama dengan papa. Diam je," jawab ku pula. Harris menatap wajah ku. Lalu dia memeluk tubuh ku.
"Abang mintak maaf sangat-sangat bagi pihak mommy. Abang tak sangka mommy berubah jadi macam ni. Maafkan abang ya, sayang?" Dia meleraikan pelukan dan memandang mataku. Aku hanya mampu tersenyum untuk mengembirakan hati suami ku. Tapi, jauh di sudut hati aku, aku dapat rasakan tiada peluang untuk aku merasa bermesra dengan ibu mertua ku sendiri. Tanpa ku sedari setitis air mata mengalir.
"Isya tak kisah walaupun seluruh dunia pinggirkan Isya asalkan abang ada di samping Isya. Isya nak abang janji akan sentiasa cintakan Isya dan selalu ada di samping Isya." Harris mengangguk dan memeluk ku lagi. Aku cuba menahan tangisan agar dapat menenteramkan jiwa suami ku.
BAB 8
Hari ini kami akan berpindah keluar daripada banglo ini. Aku sedikit gembira kerana kehidupan aku bakal berubah tak lama lagi. Hanya kami berdua. Aku masih lagi tidak tahu di mana tempat tinggal kami. Aku berharap kebahagiaan akan menjelma pada kami selepas ini.
"Jom, sayang. Tunggu apa lagi." Harris mencapai tangan ku. Aku memandang sekeliling rumah mengharapkan sedikit restu daripada mommy. Semenjak peristiwa 2 hari lalu, aku lansung tidak berjumpa dengannya. Mommy hanya menghabiskan masa di dalam bilik.
"Tak payah la nak tunggu mommy, Isya. Dia tak akan turun. Sudah lah, baik kamu bertolak sekarang. Sudah nak hujan ni," ujar daddy yang sentiasa memberi sokongan kepada kami.
"Kami pergi dulu, daddy." Harris mencium tangan daddy dan aku mengekori. Kami berdua masuk ke dalam kereta dan kereta berjenama Peugeot RCZ yang dipandu Harris meluncur laju keluar daripada halaman banglo itu.
"Sayang," lembut suara suamiku memanggil. Aku yang sedang memandang luar terus memandangnya di sebelah. Tangan kiri Harris menyentuh luka di tepi bibirku. Sesekali memandang wajahku.
"Kita mula hidup baru, okay?" ujarnya lagi. Aku pantas mengangguk dan mempamirkan senyuman yang paling menawan. Harris juga membalas senyuman ku. Kacak betul suami aku ni. Sekali pandang ada iras Ariz dari kumpulan Forteen. Tiba-tiba rasa bangga pula. Bayang sendiri lah betapa kacaknya.
"Abang, Isya masih tertanya-tanya dekat mana rumah kita ni?" Aku mula bersuara kerana rasa amat tertanya-tanya. Harris tertawa kecil dan menggenggam tangan kanan ku.
"Sabar la sayang. Kita sudah nak sampai ni," ujarnya lagi kemudian ketawa kecil. Lalu kembali fokus pada pemanduan. Hish... Laki aku ni. Nak berahsia pula.
"Ni kita dah sampai Sri Petaling ni. Tadi kita dah lalu Endah Parade Shopping Mall, kita nak duduk dekat Sri Petaling, ek?" duga ku.
"Sssshhhh..." Harris meletakkan jari telunjuk pada bibirnya. Namun tidak menoleh ke arahku.
"Hmm... Isteri abang ni tak sabar betul. Sekejap lagi sampai la ni," kata suamiku lagi. Aku hanya mampu mengangguk dan memuncungkan mulut.
"Ha... buat mulut macam tu lagi. Karang tak pasal pasal dapat kiss percuma," katanya lagi dengan diakhiri dengan ketawa jahat. Aku menjelingnya di sebelah.
Aku agak terkejut apabila Harris membelokkan keretanya memasuki kawasan Kondominium Endah Ria yang merupakan antara kondominum mewah di Sri Petaling. Kondominium yang di lengkapi dengan pelbagai kemudahan. Lagipun, tadi aku nampak Carrefour. Tidak jauh daripada rumahku. Selepas melepasi kawasan pengawal, kereta kami memasuki kawasan letak kereta yang agak selesa. Uhh... Baru tengok kawasan bawah belum masuk rumah lagi.
"Okay, kita sudah sampai," ujar Harris selepas menarik brek tangan. Aku dengan pantas menanggalkan sitbelt dan membuka pintu kereta. Aku memandang sekeliling yang ternyata kawasannya amat luas. Aku berjalan mendekati Harris yang sedang mengeluarkan beg kami daripada boot kereta. Senyuman ku tidak lekang daripada bibir.
"Suka tempat ni?" tanya suamiku. Agaknya sudah perasan dengan riak muka aku kut. Aku mengangguk dan kembali tersenyum.
"Sudah la, jom kita tengok rumah kita pula." Aku membantu Harris mengangkat semua beg.
"Tada! Cantik tak rumah kita?" kata suamiku setelah kami memasuki rumah itu. Aku sedikit ternganga. Memang cantik. Dinding rumah yang di cat warna biru lembut. Siap dengan hiasan bunga hidup di atas meja kaca di ruang tamu. Terdapat juga air terjun buatan yang mengalir di dinding kaca dan kolam kecil di tepinya. Lampu biru yang menghala ke arah air mencantikkan lagi. Aku memandang Harris dengan perasaan terharu.
"Cantik tak?" tanyanya lagi kerana soalan tadi tidak ku jawab.
"Cantik sangat," ujar ku lalu memeluk erat tubuhnya. Aku betul-betul gembira.
"Cantik?" tanyanya lagi.
"Cantik sangat!" kataku sedikit menjerit. Kedua-dua tangannya memeluk erat pinggangku.
"Sayang abang tak?" soalnya lagi sambil tersenyum. Aku turut tersenyum.
"Sayang abang!" ujarku sambil melentokkan kepala di dadanya. Huhh... Memang cantik betul rumah ni.
"Jom kita tengok bilik kita pula," kata Harris sambil memimpin tanganku ke bilik kami. Apabila pintu bilik dibuka, aku diserang sakit terkejut lagi. Bilik kami luas berwarna putih yang merupakan warna kesukaanku dan dimasukkan sekali dengan warna merah kesukaannya pada langsir dan hiasan bilik. Sangat cantik. Aku sangat terpegun melihatnya. Langsir sliding door ditarik oleh Harris. Pintu balkoni di buka. Cahaya matahari yang memasuki menaikkan lagi seri bilik.
Aku berjalan menghampiri dinding yang tergantung gambar-gambar kami berdua. Semua gambar yang memberi kenangan pada kami. Pandangan aku pula memerhati gambar berbingkai yang sangat besar digantung di dinding. Aku tersenyum lagi melihat gambar itu. Gambar perkahwinan kami. Aku memandang Harris. Romantik sungguh suami aku ni.
Aku berjalan ke balkoni melihat pemandangan Sri Petaling yang sibuk. Angin dari tingkat 18 ini sangat nyaman.
"Huh... penatnya," ujar Harris lalu terbaring di atas katil. Dia menutup mata. Mesti dia penat sediakan semua ni untuk aku. Aku berjalan masuk ke dalam bilik dan duduk di sebelahnya.
"Abang, penat?" tanya ku sambil mengurut-ngurut lengannya. Harris masih memejamkan mata.
"Nanti Isya masak untuk abang, ek? Abang nak makan apa malam ni?" tanyaku. Aku tahu dia belum tidur lagi. Harris membuka mata dan memandang atas. Barangkali sedang memikirkan menu untuk malam ni.
"Abang teringin nak makan sotong sumbat, siakap tiga rasa, rendang ayam, kari kepala ikan, nasi briyani," aku terus menekup mulutnya. Sebelum dia menyenaraikan menu yang lebih banyak, baik aku hentikan.
"Banyaknya makanan. Abang jangan, nanti Isya telefon Mak Yam datang tolong Isya masak," kataku pula. Harris sudah ketawa besar sambil menggenggam tanganku. Geram pun ada dengan suami aku ni. Mentang-mentang lah sudah duduk rumah baru, nak makan macam-macam pulak. Sebelum ni ada la Mak Yam yang tolong dekat dapur.
"Ala, abang bergurau je la, sayang," ujarnya sambil memeluk tubuhku. Sisa ketawanya masih ada. Saja nak kenakan aku lah tu.
"Abang tak kisah nak makan apa. Asalkan kali ni, abang dapat rasa seratus peratus air tangan isteri abang." Pujuknya sambil mengetatkan lagi pelukan. Aku tersenyum dengan gelagatnya. Kadang-kadang macam budak-budak. Aku merenung wajahnya agar memberi amaran jangan buat lagi. Tapi, ciuman di pipi yang aku dapat. Sabar je la.
"Tapi abang. Kita kena beli barang dapur. Macam mana Isya nak masak?" Harris mengangguk.
"Betul juga. Tak apa nanti kita keluar pergi beli," cadangnya dan teruk melentokkkan kepalanya di bahuku. Memang manja betul la suami aku ni.
"Jom la kita pergi. Nanti tak sempat nak masak pula," kataku pula sambil melepaskan pelukan. Dia kembali menerkamku dan mengeluh.
"Ala, awal lagi ni sayang. Kita tidur dulu. Lepas asar nanti baru kita keluar. Abang mengantuk sangat ni." Kasihan pula melihatnya. Tentu penat. Harris menarik badanku untuk baring sekali dan akhirnya kami berdua terlena kerana terlalu penat.
BAB 9
Setiba kami di dalam pasaraya itu, hatiku terus bersemangat mahu membeli barang. Ya lah, sudah duduk rumah baru. Siapa yang tak gembira. Harris di sebelahku ditugaskan menolak troli. Aku memegang senarai barang-barang yang harus di beli takut nanti, ada yang tak cukup bila dah sampai rumah. Aku membelek sayur sayuran segar. Apabila sudah memuaskan hati ku, aku masuk di dalam troli. Setelah hampir sejam kami di ruangan basah, kami berjalan menuju ke ruangan menempatkan barang sabun. Aku ingin membeli, pencuci pinggan dan sabun kain. Aku yang berjalan bersebelahan Harris kusyuk meneliti senarai takut ada barang yang tertinggal. Harris merangkul pinggangku suruh rapat lagi dengannya. Aku meletakkan tangan di atas pemegang troli. Kami menolak troli bersama-sama. Rasa macam baru kahwin. Aku tersenyum meleret.
"Dah lama kita tak keluar beli barang macam ni, kan?" ujar Harris. Memecah kesunyian antara kami.
"Ha'ah. Selalunya mommy yang pergi beli. Nak suruh Isya ikut, jangan haraplah dibaginya," jawab ku pula. Kami berdua ketawa.
"Kalau Isya ikut, abang rasa, abang yang risau," kata suamiku pula. Berkerut dahiku memikirkannya.
"Kenapa pulak abang nak risau?" tanya ku. Tangan kanan ku sudah memeluk pinggangnya.
"Ya la... Entah dekat mana mommy tinggalkan Isya," jawab suamiku. Tak semena-mena kami berdua ketawa.
"Farisya! Harris!" seseorang memanggil kami dari arah belakang. Aku dan Harris berpaling ke belakang. Kemudian aku tersenyum.
"Wan! Beli barang juga?" tanyaku kepada Irwan yang merupakan kawanku. Namun, Harris tidak menyenanginya. Aku pun tak tahu kenapa.
"Hmm... Aku beli barang dapur sikit nak masak untuk malam ni. Biasa lah orang bujang," ujar Irwan. Lalu aku turut ketawa bersama.
"Macam mana kau boleh sampai ke sini pula, Wan?" tanya suamiku yang dari tadi hanya diam saja.
"Oh, sebenarnya rumah aku area sini je," ujarnya. Entah kenapa aku pun suka mendengarnya.
"Ya ke? Rumah kami pun area sini juga. Baru saja pindah. Kami duduk kat kondo..." belum selesai aku bercakap, Harris sudah menarik tanganku. Aku memandangnya. Dia membuat isyarat menggeleng. Tak mahu beri Irwan perasan. Kenapa pulak tak boleh? Aku bertanya pada diriku sendiri.
"Hmm... boleh la kita jumpa lagi lepas ni kalau rumah kita dekat-dekat. Apa kata kita pergi minum dulu?" pelawa Irwan. Aku okay je. Belum sempat aku mahu menjawab, Harris sudah menjawab dulu.
"Lain kali je la, Wan. Kami dah nak balik ni. Pergi dulu." Tanpa mengucapkan selamat tinggal pada Irwan, Harris sudah menarik tanganku dan terus menolak troli. Apa kena dengan suami aku ni? Eh, banyak lagi barang nak dibeli ni. Kenapa terus je menuju kaunter?
"Abang, banyak lagi yang tak beli ni," kataku sambil menunjukkan senarai barang padanya. Tapi sikitpun tidak buat dia berhenti.
"Nanti-nantilah beli yang lain tu. Abang nak balik," jawabnya tanpa memandang ke arahku. Aduhai, sudah bertukar rupa pula suami aku ni. Aku hanya mampu ikut saja kerana tidak mahu menaikkan lagi marahnya. Selepas bayar, kami terus menuju ke pintu utama. Jenuh aku mengejar suamiku yang laju menolak troli keluar. Masuk tadi bukan main lagi gembira. Siap berpegang tangan. Keluar dengan muka masam mencuka. Lepastu, tinggalkan aku dekat belakang. Aku tahu dia sedang marah. Harris ni jarang marah. Tapi, kalau dah tiba tak betul padanya, aku pun tak tahu nak cool kan macam mana.
10 minit sudah berlalu. Masing-masing diam di dalam kereta. Tiada percakapan lansung. Harris hanya memandang ke hadapan. Lansung tak hiraukan aku dekat sebelah. Hishh... Geram betul. Dah la tu, radio pun tak pasang. Dengar je la bunyi enjin kereta.
"Abang..." Aku cuba mencapai tangannya. Nak tak nak kena la pujuk juga. Dia diam saja. Lansung tak menoleh.
"Sayang... Kenapa ni?" lembut suaraku memanggilnya. Aku tahu hanya ni saja yang mampu aku buat. Aku memberikan senyuman mesra. Aku nampak dia mula pandang aku. Eh, menjeling pula dia? Sejak bila laki aku pandai menjeling ni?
"Isya. Kenapa Isya lain sangat bila dengan Wan?" tanya Harris secara tiba-tiba. Apa yang lainnya?
"Lain? Apa yang abang maksudkan ni? Isya tak faham," tanyaku lagi.
"Bila Wan ada dekat depan, Isya tinggalkan abang. Lansung tak pedulikan abang." Aku semakin keliru dengan kata-katanya. Aku mengurut dahi yang tak sakit. Menggaru kepala yang tak gatal. Aku tak tahu nak komen apa. Sebab benda-benda kecil saja.
"Dulu, sebelum kita kahwin. Masa dekat birthday party, Isya. Mula-mula elok bersembang dengan abang. Bila Wan datang, Isya tinggalkan abang. Sakit tau hati ni," sambungnya lagi. Nak ketawa pun ada dengan kata-katanya. Hai... Memang perangai macam budak-budak.
"Abang. Kita sudah kahwin tau. Sudah tentu Isya pilih abang berbanding Wan. Abang ni la. Perangai tak habis-habis cemburu. Macam budak-budak," kataku sambil memandangnya. Tanpa aku sedari, ketawa terhambur juga. Oppss!
"Saja nak gelakkan abang kan. Abang cakap macam ni sebab abang sayang sangat pada Isya. Abang tak nak kehilangan Isya," katanya lagi dan terus diam. Aku juga diam. Aku tahu dia tak okay lagi. Sampai saja tempat letak kereta, boot kereta di buka. Aku mengambil semua barang-barang.
"Abang, tolong angkat ni," ujarku kerana tangan sudah penuh dengan plastik lain. Harris hanya mengangkat plastik itu dan boot kereta ditutup. Alarm kereta ditekan. Lalu dia terus tinggalkan aku. Aku hanya mampu menggeleng.
Masuk saja ke dalam rumah, aku terus meletakkan barang di dapur. Tak sabar rasanya nak rasmi dapur baru. Dapur sudah la cantik. Aku memerhati sekeliling. Mana Harris ni? Dalam bilik la tu. Aku membuat keputusan untuk masak dulu. Lagipun jam sudah menunjukkan 6.30 petang. Lepas tu baru pujuk dia. Agaknya tengah tidur kut.
Selesai saja masak, aku berjalan memasuki bilik. Harris sedang berdiri di balkoni luar. Merajuk lagi la tu. Lucu pun ada bila tengok suami aku macam ni. Aku datang menghampirinya dan terus memeluk dari belakang.
"Hai, awak. Merajuk lagi ke?" ujarku dengan suara manja. Aku memandang wajahnya. Masih masam mencuka. Aku menarik badannya supaya menghadapku. Matanya dilarikan. Tidak mahu memandang ku. Aku terus meletakkan tangan di lehernya.
"Abang marahkan Isya lagi ke?" Harris membuat muka toya. Aku sedikit ketawa melihatnya.
"Abang nak tahu tak?" aku cuba memancingnya. Akhirnya Harris memandangku.
"Isya cintakan abang. Isya sayang sangat pada abang," ujar ku dengan lemah lembut. Akhirnya ada segaris senyuman muncul di bibir Harris. Aku meletakkan tapak tangan di kedua-dua pipinya. Aku tersenyum lagi.
"Isya janji abang seorang je cinta hati Isya sampai akhir hayat. Sebab, Isya cintakan abang. Abang seorang saja. Tak ada orang lain," luahku sepenuh hati. Semoga cinta kami akan berkekalan hingga ke syurga. Aku tidak boleh hidup tanpanya. Harris mencapai tanganku dan tersenyum.
"Abang pun janji sayang. Cuma Isya cinta hati abang. Tiada orang lain. Tapi, kalau suatu hari nanti abang sudah mula berubah, Isya tolong sedarkan abang ya?" luahnya pula. Aku mengangguk.
"Sudah la dramanya. Maghrib dah ni. Kita bersiap untuk solat. Lepas tu kita makan. Jom." Aku menarik tangannya untuk masuk ke dalam bilik. Pintu balkoni ditutup.
BAB 10
Gulai kari kepala ikan, aku cedokkan ke dalam mangkuk dan dihidangkan di atas meja makan. Sempat lagi aku mengintai Harris yang sedang sibuk menukar-nukar siaran telivisyen. Sesekali kedengaran suaranya merengus marah. Apa lagi yang tak kena tu?
"Kenapa abang?" laungku agak kuat daripada dapur. Harris mengintai daripada sofa dan bangun serta menutup telivisyen. Langkahnya terus diaturkan ke dapur. Aku menantinya dengan jawapan.
"Tak boleh jadi ni. Kena masuk Astro juga," katanya sambil menarik kerusi di meja makan dan terus duduk. Aku kembali ke belakang, mengangkat sotong masak sumbat yang telah garing di dalam kuali.
"Tak ada cerita best ?" ujarku pula.
"Ha'ah. Semua bosan. Nasib baik sayang ada depan abang. Tak ada la abang bosan," katanya dengan suara manja. Aku sudah tersenyum sambil meletakkan sotong di atas meja.
"Mengada-ngada," jawabku sambil tersenyum mengejek. Harris sudah ketawa. Aku kembali kebelakang dan mengangkat semangkuk nasi.
"Wah, sedapnya! Ada sotong la!" Harris membetulkan posisi duduknya dan mengambil pinggan sudah bersedia gayanya nak makan.
"Eh, ni dah basuh tangan ke belum?" pintasku apabila dia mula ingin menyentuh nasi. Dia memandangku sambil tersengih.
"Belum. Lupa la sebab lapar sangat," katanya dan terus bangun menuju singki. Selepas Harris membaca doa, kami berdua makan bersama. Ada juga diselangi dengan gurauan Harris. Semoga kami bahagia selamanya. Amin.
"Assalamualaikum, mama. Mama sihat?" ujarku dengan gembiranya apabila dapat berbual dengan mama di dalam telefon. Sudah lama aku tidak menanya khabarnya.
"Alhamdulillah. Mama sihat. Kamu sihat? Harris sihat?" Mama bertanya khabar menantunya yang sedang sibuk menaip kerja ofisnya di dalam laptop.
"Isya dan Harris sihat ma,"jawabku pula. Harris memandangku apabila terdengar namanya disebut.
"Ni Isya, mama nak tanya ni. Betul ke kamu berdua sudah pindah?" Nampaknya mama sudah tahu tentang perkara ini. Aku sampai lupa mahu baru tahu sebab sibuk sangat kemas barang.
"Ha'ah ma. Baru 3 hari kami pindah. Isya minta maaf mama sebab tak bagitahu. Isya tak sempat nak bagitahu mama. Sibuk kemas barang," terangku pula takut mama terasa hati.
"Mama faham, sayang. Lagipun daddy Isya yang bagitahu pada papa. Papa pula bagitahu pada mama," ulas mamaku. Agaknya, mama tahu ke pasal mommy pukul aku?
"Dengar cerita mommy Isya tak sanggup nak lepaskan Harris dan Isya keluar ya? Sampai merajuk dia," terang mamaku lagi. Aku sedikit lega. Mama tak tahu apa yang sudah berlaku.
"Hmm.. mama, mula-mula mommy memang tak setuju, tapi bila Harris pujuk, okay dah" kataku dengan diakhiri ketawa yang dibuat-buat.
"Kondominium kamu berdua dekat Sri Petaling ya? Nanti mama ajak papa datang rumah kamu," ujar mama pula.
"Boleh mama. Nanti kalau mama dan papa nak datang bagitahu Isya dulu. Boleh Isya masak sedap-sedap untuk mama dan papa" Hatiku berbunga apabila mama cakap nak datang. Sesungguhnya aku sangat rindu pada mereka berdua. Terutama sekali mama.
"Ha ni. Rindu sangat pada kamu sampai lupa nak bagitahu. Abang Farhan ajak Isya dan Harris balik hujung minggu ni. Katanya nak kumpul satu keluarga. Kamu balik ya?"
"Insyaallah ma. Nanti Isya cakap pada Harris," jawab ku pula.
"Okay lah sayang. Papa panggil mama tu. Agaknya dia jealous sebab mama dapat cakap dengan Isya." Kami berdua ketawa.
"Okay mama. Kirim salam sayang Isya dekat papa ya? Nanti kalau Harris tak sibuk kami balik," ujarku pula. Terasa sedih ingin mengakhiri perbualan.
"Tak apa. Kalau tak sibuk balik la. Mama tak paksa. Kirim salam pada Harris ya? Assalamualaikum" kata mama sebelum memutuskan talian.
"Waalaikumusalam," jawabku pula kemudian terus talian diputuskan. telefon ku letakkan di atas meja kecil di sebelah ku.
"Kenapa mama call? Macam ada perkara penting je?" tanya Harris sambil matanya masih memandang skrin laptop. Aku merapatkan diri dan melentokkan kepala dibahunya.
"Mama ajak kita balik hujung minggu ni. Abang Farhan pun balik. Kita balik, ya?" ujarku seakan-akan memujuk. Aku mendongak memandangnya. Mata kami saling bertaut.
"Hujung minggu ni? Hmmm... tak boleh!" Tak boleh? Straight je dia cakap. Aku sudah mula menarik muka masam. Kepala di bahunya aku angkat dan menarik selimut hingga ke paras pinggang.
"Hish... Isteri abang ni. Mula la tu nak merajuk. Yela. Kita balik," ujarnya pula. Aku apa lagi. Bertambah suka la.
"Yes! Sayang abang!" Kemudian aku memaut lengannya. Harris sudah tersenyum lebar memandangku.
"Hmm... takkan sayang je kut." Huh?
"Habis tu abang nak apa?" tanyaku pula. Harris meletakkan jari telunjuk di pipinya. Suruh cium la tu. Jangan harap. Aku terus menolak perlahan pipinya. Kemudian dia ketawa.
"Mama kirim salam pada abang" Harris menjawab salam.
"Mama pun ada cakap pasal kita pindah," ujarku lagi. Harris berhenti daripada menaip dan memandangku.
"Mama cakap apa? Mama tahu pasal..." Aku tahu apa yang Harris maksudkan.
"Tak. Mama tak tahu. Mama cakap daddy cakap dengan papa pasal kita pindah. Agaknya daddy tak ada cakap apa-apa la tu," terang ku lagi. Harris mengangguk faham dan kembali meneruskan kerjanya. Aku memerhati gerak gerinya yang terlalu fokus dengan laptop nya.
"Abang. Sudah-sudah la dengan kerjanya. Dekat ofis kerja dekat rumah pun kerja. Habis tu Isya ni macam mana?" Aku mula merajuk lagi. Betul apa. Dia asyik fikir pasal kerja je. Lansung tak fikir pasal aku. Siapa tak bengang. Harris memandangku.
"Sayang, sekejap je lagi. Kalau sayang mengantuk, tidur la dulu. Tak payah tunggu abang," ujarnya dan kembali semula menghadap laptop . Aku terus baring dan menarik selimut. Tak tahu nak cakap apa dah.
"Sayang tidur dulu. Nak dekat siap dah ni. Esok abang ada mesyuarat kena siapkan juga. Tidur dulu," ujarnya sambil membetulkan selimut di badanku. Aku terus memandang mukanya. Harris juga turut memandang.
"Kenapa? Nak abang baca buku cerita? Atau nak abang nyanyikan lagu sambil belai belai baru sayang nak tidur?" kata-katanya membuatkan aku rasa, Err...
"Orang boleh tidur sendiri la. Ingat orang budak-budak lagi ke?" jawabku pula sambil mula pejamkan mata. Harris menghamburkan ketawa.
"Oh, dah besar rupanya. Ingatkan baby lagi. Boleh abang bacakan buku cerita Princess, " ujarnya sambil ketawa. Akhirnya dia menjerit sakit kerana terkena cubitan berbisa daripada aku.
"Padan muka. Cakap lagi. Sudah la Isya nak tidur dulu. Selamat malam," ujarku sambil mengiring menghadapnya. Tanganku diletakkan di atas pahanya. Tiba-tiba sebuah ciuman mendarat di pipiku. Tangannya mengerlus rambutku.
"Selamat malam, sayang. Jangan lupa mimpikan abang, ya?" ujarnya. Aku hanya tersenyum dan mengangguk. Tidak lama kemudian, aku sudah terlena dan tidak mendengar apa-apa lagi.
BAB 11
Hari ini merupakan hari yang aku nanti-nantikan. Rasa macam kereta ni bergerak perlahan saja. Tidak sabar mahu sampai sana. Muka-muka yang amat aku sayangi sudah terbayang di mindaku. Buat sekian kalinya, aku tersenyum seorang diri lagi.
"Hai sayang abang ni, tak habis-habis tersenyumnya," ujar Harris sesekali memandangku di sebelah. Aku memandangnya dengan senyuman.
"Mestilah. Isya dah lama tak jumpa mama dan papa. Abang asyik sibuk saja," kataku pula dan sedikit jelingan di berikan. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi deringan daripada telefon Harris. Harris menyentuh skrin telefonnya dan diletakkan di telinga. Aku hanya mendengar dan memandang hadapan.
"Waalaikumusalam, daddy. Ada apa call Harris ni?" ujar suamiku. Seketika kemudian diam mendengar apa yang daddy cakapkan.
"Oh, yeke. Lamanya daddy dekat sana," kata suamiku lagi. Daddy pergi mana?
"Okay. Insyaallah. Daddy hati-hati ya dekat sana"
"Okay, bye. Waalaikumusalam" Aku memandang Harris ingin tahu apa yang dibualkan dengan daddy. Selepas meletakkan telefon bimbitnya di sebelah, Harris memandangku.
"Kenapa, abang?" tanyaku.
"Daddy balik Germany. Mungkin 2 bulan baru balik. Ada kecemasan pasal syarikat dekat sana," jawab Harris sambil kembali fokus pada pemanduan.
"2 bulan? Lamanya," kataku pula.
"Daddy cakap itu pun kalau semunya sudah okay, dia balik. Kalau tak lama lagi la dekat sana," jawab suamiku pula. Aku hanya mengangguk tanda faham.
Akhirnya kami sampai juga di perkarangan rumah yang amat aku rindui. Eh, tu kereta Abang Farhan.
"Abang Farhan dah sampai? Isya tak sabar nak jumpa si kecil tu," ujarku sedikit menjerit. Tak sabar rasanya. Kami keluar daripada kereta. Kepulangan kami disambut oleh semua ahli keluarga. Aku berlari dan meninggalkan Harris yang sedang mengangkat beg. Aku memeluk mama dulu. Kemudian aku mencium tangan dengan yang lain. Harris datang dengan membimbit beg pakaian yang tidak terlalu besar. Cukup memuatkan baju untuk beberapa hari.
Kami dijemput masuk kedalam rumah. Aku masih lagi berada dalam pelukan mama. Masing-masing mengambil tempat di atas sofa di ruang tamu.
"Tengok tu. Kalau ada mama dia, tinggal la Harris ni. Asyik nak berkepit je dengan mamanya," ujar papa kerana melihat aku masih memeluk mama. Apa lah papa ni. Macam tak rindukan Isya je?
"Tak apa lah papa. Saya faham. Lagipun dekat rumah tu dah selalu kena peluk. Naik lemas saya kadang-kadang dibuatnya," ujar Harris lalu semua gelak. Aku sudah menarik muka masam.
"Ala abang ni. Apa salahnya Isya nak peluk saya. Saya pun rindu pada dia juga," bantah mamaku pula. Ni yang Isya bertambah sayang ni.
Hari sudah semakin menginjak ke tengah hari. Mama mengajak aku dan kakak iparku masak di dapur. Papa, abang Farhan dan Harris duduk bersembang di meja makan yang terletak tidak jauh daripada kami.
"Serina, sudah-sudah la duduk atas riba pak su tu. Kesian pak su penat," ujar kak Sabrina sambil memandang anaknya. Serina yang baru berumur 3 tahun cukup suka mengajak Harris bermain dengannya. Harris juga suka pada budak-budak. Aku hanya tersenyum.
"Abang, ambil la Serina tu. Kesian Harris. Tak habis-habis kena kacau," ujar kak Sabrina lagi sambil mengeluarkan sayur kobis dari dalam peti sejuk.
"Abang dah tarik dia, yang. Balik duduk atas riba Harris. Harris pun suka melayan dia," kata abang Farhan pula. Harris hanya tersenyum.
"Tak apa la, akak. Harris memang sukakan budak-budak. Bila tengok Serina ni, rasa macam nak cubit saja. Comel sangat," kata suamiku. Lalu semua orang ketawa. Aku juga turut ketawa. Aku dan Harris saling memandang. Sempat lagi dia kenyit mata pada aku.
"Ha, Isya. Dengar tu. Harris sukakan budak-budak. Bila lagi giliran korang berdua? Papa dan Mama nak lah cucu semakin bertambah." Papa berkata sambil memandang kami berdua bergilir-gilir. Aku hanya mampu tersenyum.
"Insyaallah. Kalau ada rezeki nanti, kami bagitahu." Kata suamiku pula. Aku kembali meneruskan kerja memasak Tomyam sebagai salah satu menu kami hari ini.
Selepas makan tengah hari tadi, kami duduk bersembang di ruang tamu. Mataku pula sudah mengantuk. Sudah tak boleh tahan. Sampai tersandar di atas bahu Harris.
"Sayang nak tidur ke?" Harris sedikit berbisik denganku. Aku mengangguk. Tangannya menggenggam tanganku.
"Jom naik atas"
"Mama, papa. Isya nak tidur. Kami naik atas dulu," ujar Harris sambil menarik tanganku bangun. Papa dan mama sudah tersenyum. Abang Farhan dan kak Sabrina sedang sibuk bermain dengan anak mereka.
"Tengok tu, Jah. Dia cari Harris jugak bila dia nak tidur. Tak laku awak dah," ujar papa dan terus ketawa. Mama pun sama.
"Papa!" aku sedikit menjerit. Geram betul dengan papa ni. Harris juga sudah ketawa. Aku memandangnya.
"Memang betul pun apa yang papa cakapkan," ujarnya sedikit berbisik. Tidak mahu orang lain dengar. Aku sudah muncungkan mulut. Harris ketawa lagi. Aku terus berjalan meninggalkannya.
"Eh? Serina ada dekat sini?" Aku sedikit terkejut melihat si kecil tu sedang bergelak ketawa di atas katil bersama Harris di dalam bilik. Memang tak berenggang lansung. Aku mendekati mereka dan turut duduk bersila di atas katil.
"Pak su, pak su. Esok boleh tak bawak Serina pergi playground?" ujar Serina dengan manja sambil menarik-narik tangan Harris. Harris memandangku meminta pendapat.
"Hmm, okay. Esok kita pergi playground. Serina pujuk la mak su pergi sekali," ujar Harris pula. Serina mengangguk dan terus pusing menghadapku.
"Mak su ikut sekali, okay? Boleh la mak su," pujuknya. Aku mengangguk tanda setuju dan mencium pipi gebunya.
"Esok, mak su belikan aiskrim untuk Serina nak?" kataku pula.
"Nak! Nak! Horey! Esok jalan-jalan," katanya sambil melompat-lompat atas katil. Aku dan Harris sudah ketawa melihat gelagat si kecil ini. Terasa terhibur hati ini.
"Farisya! Farisya!" pintu bilik diketuk daripada luar. Itu suara Kak Sabrina. Aku menuruni katil dan memulas tombol pintu. Kak Sabrina menjenguk ke dalam bilik.
"Ya Allah. Dekat sini rupanya Serina. Umi cari Serina tau. Come kita tidur. Jangan kacau mak su dan pak su," ujar Kak Sabrina sambil menghulur tangan. Tapi Serina menggeleng.
"Tak nak, umi. Serina nak tidur dengan pak su dan mak su." Serina menggeleng lagi. Muka kak Sabrina sudah bertukar marah. Geli hati aku melihatnya.
"Serina pergi tidur dengan umi ya. Esokkan kita nak berjalan. Esok pak su belikan teddy bear besar untuk Serina nak?" Harris cuba memujuk. Akhirnya, Serina turun daripada katil dan terus mendapatkan uminya.
"Korang nak pergi mana esok?" tanya kak Sabrina. Dia mendukung Serina yang sudah mengantuk itu.
"Kami nak bawa dia berjalan. Rasanya dah lama tak keluar bermain dengan Serina" jawabku.
"Ye la. Pergi la. Dia mesti suka," kata kak Sabrina lagi.
"Akak masuk bilik dulu, Isya. Serina dah tidur dah ni." Aku mengangguk. Selepas kak Sabrina masuk ke dalam biliknya, aku terus menutup pintu. Aku kembali berjalan kearah katil. Harris sudah pun tidur. Aku menutup lampu di atas meja kemudian aku menarik selimut. Tidak lama kemudian, aku juga sudah tertidur.
"Cepat la mak su. Kita dah lambat ni," Serina sudah menjerit di luar rumah. Aku bergegas keluar dan memakai kasut. Harris bersandar di tepi kereta sambil tersenyum. Serina masih berdiri menunggu aku.
"Okay, jom kita pergi." Aku terus membuka kereta. Tiba-tiba telefon bimbit Harris berbunyi. Aku menyuruh Serina masuk dalam kereta dahulu. Sementara aku menunggu Harris. Serius je rupanya. Macam ada something je. Selepas meletakkan telefon bimbit aku terus bertanya.
"Kenapa abang?"
"Sayang. Mommy tak sihat la. Abang nak balik jenguk mommy," ujarnya dalam keadaan risau.
"Okay. Sekejap Isya cakap pada Serina tak jadi pergi." Baru saja aku ingin melangkah membuka kereta, Harris berkata lagi.
"Isya bawak je la Serina jalan-jalan. Abang balik sorang," ujarnya lagi dan terus membuka pintu kereta. Aku juga membuka pintu kereta di tempat penumpang.
"Sayang, kita naik kereta lain ya? Jom." Serina yang tidak tahu apa-apa hanya menurut apabila aku menarik tangannya. Aku berjalan kearah pintu kereta pemandu.
"Tak apa ke abang balik sorang ni?" tanyaku sambil menggenggam tangannya. Harris tersenyum.
"Tak apa. Pergi la bawak Serina jalan-jalan. Abang pergi dulu. Nanti abang call, okay?" Aku mengangguk dan mencium tangannya. Pintu kereta ditutup. Dengan perlahan Harris mengundurkan kereta dan kereta terus bergerak dan hilang dari pandangan. Aku mengeluh perlahan. Ada apa lagi mommy ni?
"Mak su... Pak su pergi mana?" Serina menarik tangan ku.
"Pak su ada hal, sayang. Kita pergi berdua ya? Sekejap mak su ambi kunci kereta lain," ujarku terus masuk kedalam rumah. Mama yang datang pada ku bertanya.
"Ni cari apa dekat sini? Kunci kereta hilang ke?" tanya mama. Aku berhenti mencari kunci dan memandang mama.
"Mana kunci kereta Honda Jazz Isya ma?" tanya ku pula.
"Ada dekat situ. Kereta Harris mana?" tanya mama lagi. Aku terus mencari.
"Harris balik rumah mommy. Tadi mommycall dia tak sihat. Isya nak ikut. Harris cakap tak payah. Dia suruh bawak Serina jalan juga" jawabku dan akhirnya kunci dijumpai.
"Isya pergi dulu mama" Aku terus keluar dan membawa Serina ke kereta.
BAB 12
Percaya atau tidak, seharian Harris tak balik. Kemana dia pergi ni? Call aku pun tak. Aku call tak angkat. Aku mengeluh lagi. Hanya tuhan saja yang tahu betapa risaunya hati aku ni. Aku mencuba lagi mendail nombornya. Namun tetap tidak diangkat. Aku rasa sejak petang semalam sampai dah pagi ni, dekat 50 kali ada dah aku call dia. Takkan tak tengok telefon lansung. Abang... Mana abang pergi ni? Tak pernah dia buat macam ni.
"Harris tak angkat call, Isya?" Aku memusing ke belakang. Aku menunjukkan muka sedih. Mama memegang bahuku.
"Mana dia pergi ni mama? Harris tak pernah buat macam ni." Aku mengeluh lagi.
"Sudah telefon mommy ke? Adik Harris?" cadang mama. Tapi, semuanya tidak berhasil.
"Isya dah call rumah, tak angkat. Call mommy pun tak angkat. Helina ada dekat Pahang. Takkan Isya nak ganggu dia dekat sana," jawab ku pula. Tanganku masih tidak lekang dengan telefon bimbit.
"Sabarlah sayang. Ada hal penting tu. Nanti dia mesti call Isya. Dah jom kita makan." Mama menarik tangan ku. Dengan hati yang hiba aku ikut la juga masuk ke dalam rumah.
Kemanalah perginya Harris ni? Tak balik-balik lagi. Ya Allah... Aku mendail lagi nombornya. Entah untuk keberapa kalinya. Tapi hanya perempuan yang jawab. "Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi." Huhh... Nak telefon polis ke? Jam sudah menghampiri angka 12 tengah malam. Masih tiada berita. Balas mesej aku pun tak apatah lagi nak call aku balik. Pergi rumah mommy! Yes! Esok aku terus packing beg. Ini saja jalan yang ada untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi pada suami aku. Sinar harapan kembali muncul.
"Mama, Isya balik dulu ya?" Aku memeluk tubuh tua itu. Mama mencium kedua-dua pipiku.
"Nanti kalau ada apa-apa jadi, call mama tau. Jangan simpan seorang diri." Aku mengangguk. Aku mencium tangannya. Sabar Farisya. Pergi rumah mommy cari Harris. Mesti dia dekat sana. mommy sakit teruk kut. Itu sebab lama dekat sana.
Aku memberhentikan kereta di pintu pagar. Aik? Kenapa tak buka pula gate ni? Rosak ke? Aku menanggalkan sit belt dan membuka pintu kereta. Aku menghampiri pintu pagar automatik itu. Aku mengintai disebalik pagar-pagar kayu itu. Tak ada pun kereta Harris? Aku berjalan ke kanan dan loceng ditekan. Tapi malangnya, tiada siapa yang keluar. Biar betul ni.
"Assalamualaikum. Mommy!" Aku menguatkan salam ku. Harap-harap ada orang dalam yang mendengar. Tetapi, penantian ku hampa.
"Assalamualaikum..." Aku melaung lagi. Kali ini pintu pagar kecil dibuka daripada dalam. Laju saja kaki ku berjalan ke arahnya. Pengawal keselamatan itu keluar.
"Puan Farisya? Ada apa Puan datang sini?" tanyanya kepadaku.
"Siapa ada dekat rumah?" Aku terus bertanya tanpa menjawab soalannya.
"Mana ada siapa dekat rumah, Puan," jawabnya. Aku bertambah hairan dan keliru.
"Tak ada? Semua orang pergi mana? Dan bila?" tanyaku lagi bertubi-tubi.
"Saya tak tahu, Puan. Sudah 2 hari mereka keluar. Apa yang saya nampak mereka bawa beg. Seperti mahu pergi bercuti. Tapi, saya tak pasti kemana, Puan," jawabnya lagi. Pergi bercuti? Apa semua ni?
"Tak apa lah. Nanti kalau mereka dah balik tolong hubungi saya, okay? Terima kasih. Saya pergi dulu." Aku terus berjalan masuk ke dalam kereta. Dengan fikiran yang kusut dan hati gelisah, aku memandu pulang ke kondo kami.
Aku masih memikirkan apa sebenarnya yang terjadi? Adakah ini semua rancangan mommy yang cuba nak pisahkan kami? Bercuti? Farah ikut sekali? Apa aku nak buat ni? Abang... Kemana abang pergi? Kenapa lansung tak bagitahu Isya? Aku bermonolog sendiri. Sesekali aku meraup wajahku. Siapa lagi yang aku mahu telefon? Helina? Aku terus mengeluarkan telefon dan mencari nombor Helina di dalam telefon bimbitku. Sesekali mata memandang depan melihat jalan.
"Hello?" Helina bersuara.
"Lina? Akak ni. Akak nak tanya Lina dekat mana?" tanyaku.
"Kenapa akak ni? Lina ada dekat Kuantan la ni. Lina tak boleh balik lagi sebab ada projek yang kena siapkan. Kenapa akak?" Aku terkedu seketika. Lina tak ada bersama Harris. Takkan aku nak cakap pasal apa yang sudah terjadi. Nanti, Lina dapat tahu pasal hubungan aku dengan mommy. Ya Allah macam mana ni?
"Akak? Hello. Akak?" suara Helina di dalam telefon menyedarkan aku. Tiba-tiba bunyi hon yang kuat dari arah belakang mengejutkan aku. Ya Allah, nyaris tidak berlanggar. Aku terus memberhentikan kereta di tepi jalan. Aku kembali meletakkan telefon di telinga.
"Akak! Akak!" jerit Helina.
"Lina"
"Akak tak apa-apa ke ni? Akak dekat mana?" tanya Helina kepada ku. Aku menarik nafas panjang. Cuba untuk menenteramkan hati sendiri.
"Akak okay Lina. Okay lah. Akak letak telefon dulu. Assalamualaikum," jawabku dan terus mematikan talian. Aku meletakkan telefon bimbit di kerusi sebelah. Tangan ku bawa ke dada. Rasa sesak dada ini dengan apa yang terjadi sekarang. Ya Allah, tenangkanlah hatiku ini. Akhirnya air mata yang bertakung selama 2 hari mengalir jua.
Aku sudah tidak dapat menahan sebak. Aku lansung tidak mengerti apa yang sudah terjadi. Aku memejamkan mata buat seketika. Menenangkan fikiran. Air mata sudah pun berhenti. Aku menarik nafas berkali-kali. Aku kembali memandu pulang ke kondominium. Dengan harapan yang Harris sedang menunggu aku pulang.
BAB 13
Sudah 4 hari aku menunggunya pulang dengan sabar. Namun hampa. Harris masih tidak pulang. Adakah Harris sudah kembali bersama Farah? Aku berjalan ke balkoni di ruang tamu. Masih menunggu dengan sabar. Kalau betul apa yang aku fikirkan, aku tiada pilihan lain selain redha. Aku rela di madukan. Asalkan jangan diceraikan. Air mata mengalir lagi. Perlahan seperti angin bayu yang bertiup di petang yang redup ini. Aku sangat merinduinya. 4 hari aku merasai kekosongan. Aku ingin dia kembali.
Ting tong! Bunyi loceng?
Harris sudah balik? Aku menyeka air mataku dan terus berlari menuju ke pintu. Aku membuka pintu. Senyuman di bibirku hilang apabila menyedari tiada siapa di hadapan pintu. Aku berjalan hingga di pintu pagar. Aku memandang sekeliling. Tiada orang. Tapi, siapa yang membunyikan loceng tadi? Tiba-tiba aku terpandang sampul surat putih di satu sudut. Aku terus mengambilnya dan membawa masuk. Aku mula berfikir siapa yang memberi sampul surat ini? Aku menimbang-nimbang menggunakan tangan.
Aku duduk di atas sofa. Dengan berhati-hati aku membuka sampul surat itu. Eh? Gambar? Aku mengeluarkan gambar-gambar itu dan menelitinya. Hampir tercabut jantungku apabila melihat gerangan yang tersemat di dalam gambar itu. Betul sangkaan aku. Mereka kembali bersama. Riak muka Farah yang gembira sambil memeluk Harris cukup menyatakan mereka sudah kembali bersama. Aku melihat gambar seterusnya. Air mata sudah tidak dapat di tahan lagi. Harris dan Farah berpegangan tangan di tepi pantai. Sakit hati melihatnya, aku melihat gambar yang lain. Hatiku bertambah berdarah apabila Harris merapatkan bibir di dahi Farah. Ya Allah...
Aku mencampakkan gambar-gambar itu di atas meja. Air mata tidak henti mengalir. Kenapa Harris mungkir janji? Aku terus berlari masuk bilik. Isteri mana yang tidak cemburu apabila melihat suami bersama dengan perempuan lain. Inikan pula perempuan itu pernah bertahta dalam hati dia. Fikiran aku sungguh bercelaru. Air mata tidak henti-henti mengalir. Kenapa? Kenapa?
"Arghhh!" Aku menjerit. Sampai hati dia buat aku macam ni? Aku sayang dia. Aku cinta dia. Apa kurangnya aku sampai dia boleh tergoda dengan betina tu? Astagfirullah hal azim. Ini bukan cara aku. Ya. Aku tidak boleh terus macam ni seperti orang hilang akal. Lebih baik aku solat dan merintih kepada tuhan yang Esa. Setelah menunaikan solat, aku kembali tenang. Alhamdulillah. Aku melipat telekung dan duduk di birai katil.
"Assalamualaikum. Sayang! Abang dah balik." Kedengaran pintu di tutup. Harris sudah balik. Namun tiada segaris senyuman yang muncul. Aku bangun dan terus mengunci pintu bilik daripada dalam. Harris mengetuk pintu.
"Sayang. Bukak la pintu ni. Sayang, abang rindu sangat pada sayang tau," ujar Harris dengan suara manja. Sedikit pun tidak menggetarkan jiwa ku. Rindu? Aku kembali mengingati gambar-gambar itu.
"Abang tipu! Abang lansung tak rindukan Isya. Abang tipu!" Aku menjerit daripada dalam.
"Sayang. Kenapa ni sayang? Abang tak tipu Isya pun. Isya bukak pintu ni," ujarnya seakan memujuk. Namun kata-katanya membuatkan aku semakin sakit hati. Air mata berjujuran lagi.
"Abang tipu! Abang jangan cakap rindu dan sayang pada Isya kalau abang lebih sayangkan orang lain!" Aku menjerit lagi. Dengan harapan dia mendengar dengan jelas setiap bait kata-kataku.
"Hah? Abang mana ada perempuan lain. Sumpah sayang. Jangan lah buat abang macam ni. Sayang bukak pintu ni." Harris berkata lagi. Pintu di ketuknya.
"Abang tengok sendiri perbuatan abang atas meja depan tu. Bukan Isya reka cerita tapi abang yang reka cerita." Tiada balasan kata daripada Harris. Pasti dia sedang mencari gambar itu. Tidak lama kemudian, dia kembali mengetuk pintu bilik.
"Sayang. Abang boleh jelaskan. Tolong bagi abang peluang. Please bukak pintu ni," ucapnya lagi. Tangisan aku semakin rancak mengalir. Seperti drama aku dan Harris ketika ini. Aku tidak berkata apa-apa. Hanya menangis teresak-esak sambil memandang pintu yang diketuk kuat.
Tiba-tiba aku terdengar pintu di hentak berkali-kali. Akhirnya pintu bilik itu berjaya dirempuh oleh Harris. Dia cuba mendekati aku. Aku mengesot kebelakang.
"Sayang. Bagi abang peluang nak jelaskan. Please..." Harris berjaya menggenggam erat kedua-dua lenganku. Aku cuba menepis. Namun tenaga lelakinya lebih menguasai.
"Tak nak! Lepaskan!" Aku sudah seperti orang gila. Meronta-ronta ingin dilepaskan. Namun Harris tetap berusaha mendapatkan aku.
"Farisya... Farisya..." Akhirnya dia berjaya memeluk ku. Aku berhenti meronta. Namun tangisan masih menerpa. Harris mengusap rambutku.
"Please dengar dulu apa yang abang nak cakap," lembut suaranya memujuk.
"Hati Isya sakit abang. Sakit sangat," ujarku sambil menangis.
"Abang tahu. Bagilah abang peluang nak ubati hati sayang." Harris mengeratkan lagi pelukan. Dia mencium ubun-ubunku. Aku sedikit tenang tetapi aku masih belum dapat menerima semuanya lagi.
"Please. Leave me alone," pintaku dengan suara sedikit tersekat. Namun masih dapat di fahami.
"Sayang..." Dia masih cuba memujuk.
"Please..." Akhirnya tubuhku dilepaskan. Dengan perlahan Harris keluar dan menutup pintu. Aku terus baring di atas katil dan menangis lagi.
BAB 14
Sejak daripada peristiwa itu, aku banyak berjauhan dengan Harris. Suami aku sendiri. Namun begitu, tugas sebagai isteri tetap aku lakukan. Masak dan kemas rumah. Cuma, bila dia di ruang tamu, aku di dapur. Kalau dia berterusan memujuk, aku terus masuk bilik. Aku tak tahu benda ni akan berterusan sampai bila. Tapi, hati aku masih sakit.
Kadang kala, perasaan rindu mempengaruhi segalanya. Aku memang rindukan dia. Tapi, aku takut. Aku takut kalau aku merindui orang yang salah. Sejak dulu lagi perkahwinan kami tak pernah nak aman. Macam-macam yang mommy buat untuk cuba pisahkan kami. Lamunan aku terhenti apabila terdengar bunyi loceng. Siapa pula yang datang dalam keadaan macam ni? Lambat-lambat aku menuruni katil dan terus berjalan keluar. Nampaknya Harris yang membukakan pintu.
"Hai, Harris?" Bulat mata aku memandang gerangan tetamu yang datang. Tetamu? Dia bukan tetamu aku. Hati aku yang sudah mula sejuk, kini sudah kembali membara. Perempuan tu nak apa datang sini?
"Farah? Kenapa you datang rumah I ni?" ujar Harris yang nampak sedikit terkejut. Aku hanya mampu memandang. Harris memandang aku yang sedang berdiri tegak. Aku terus pusing ke belakang dan mula menapak memasuki bilik.
"Sayang!" Aku berhenti buat seketika namun tidak memusing ke arahnya.
"Buatkan air." Setelah mendengar apa katanya, aku terus berjalan ke dapur. Aku terus membuat air di dapur. Namun hati memang tak ikhlas.
"Sayang. Abang tak tahu pun yang Farah nak datang. Percayalah cakap abang." Tangan yang cuba ingin melingkari pinggang, aku terus menepis. Aku mengangkat dulang dan membawa ke ruang tamu. Harris duduk di sofa bertentangan dengan Farah. Aku menuangkan air anggur ke dalam gelas dengan berhati-hati. Cuba mengawal kemarahan.
"Harris, I datang ni sebab nak pulangkan sweater you." Farah tiba-tiba bersuara dan menghulurkan sweater kepada Harris? Aku hanya memandang. Dalam otak aku berkata-kata. How?
"Susah-susah je you hantar sampai ke rumah. I boleh ambil pada mommy I je," jawab Harris lalu menyambut huluran itu. Farah pula tersenyum manja.
"Anyway, Harris. Thanks alot " ujar Farah lagi. Aku rasa baik aku bangun dan beredar daripada sini.
"For what?" tanya Harris pula. Aku mempercepatkan tuangan air untuk gelas Harris pula.
"For that night? Do you still remember?" meruap darah aku mendengarnya. Apa maksud Farah ni? Adakah mereka? Sweater... for that night... Tanpa aku sedari, tangan pantas mengangkat segelas air anggur dan menyimbah ke muka Farah. Farah sedikit menjerit dan memandang geram kearahku.
"Farisya?" Harris bangun dan menggenggam tanganku.
"What wrong with you?! Memang dah gila la kau ni," bentak Farah sambil mengelap-ngelap mukanya yang basah.
"Aku rasa baik kau balik sekarang. Balik!" Aku seperti orang hilang akal saja gayanya. Aku pantas menggenggam lengannya dan mengheret ke arah pintu apabila dia masih tidak berganjak. Harris hanya melihat saja apa yang aku lakukan. Memang dah naik hantu.
"Farisya! Sakit! Harris tolong I !" Farah memandang Harris dibelakang. Aku terus menolak-nolak badannya. Pintu di buka dan Farah sudah ku tolak keluar.
"I rasa baik you balik saja, Farah," ujar Harris pula. Belum sempat Farah membalas kata-kata gediknya, aku terus menutup pintu. Aku bersandar di pintu sambil menangis. Aku tak nak kehilangan Harris. Aku bermonolog di dalam hati. Aku mengangkat muka memandang Harris yang sedang berdiri tegak di hadapan ku. Aku terus berlari dan memeluknya. Tangisan kembali lagi.
"Jangan tinggalkan Isya abang. Jangan tinggalkan Isya. Isya cintakan abang." Aku masih berada dalam pelukannya sambil menangis. Akhirnya sepasang tangan menyambut pelukanku. Kepala ku dikucup beberapa kali.
"Abang. Sebenarnya abang pergi mana? Cuba jelaskan pada Isya," soalku apabila keadaan kami semakin pulih. Tanganku masih berada dalam genggaman erat suamiku.
"Abang tak tahu nak jelaskan macam mana, Isya. Bendanya jadi sangat pantas. Abang sendiri rasa terkejut. Masa abang balik hari itu, mommy sudah tunggu depan rumah bersama Farah. Mommy ajak abang pergi bercuti dekat Port Dickson. Abang cakap abang nak bawak Isya sekali." Aku mendengar ceritanya satu persatu. Harris menarik kepalaku agar lentok di bahunya.
"Tapi, mommy cakap tak payah. Dia nak pergi bertiga saja. Abang sudah tak ada pilihan lain selain ikut saja. Sebab mommy cakap, kalau abang bantah cakap dia, abang tak sayangkan mummy. So, abang ikut je la," ujarnya lagi sambung cerita. Aku mencebikkan bibir. Kepala ku angkat dan pandangan kami bertaut.
"Abang suka la kan bila dapat berdua dengan model cantik tu, kan?" Sengaja aku kuatkan suara pada model cantik tu. Geram rasanya.
"Haishh... sayang ni. Model cantik abang hanya sayang saja tau. Tak ada yang lain," puji Harris sambil mempamirkan senyuman menggoda.
"Ala... lelaki. Semua sama saja. Kenapa abang tak telefon Isya bagitahu? At least, Isya tak ada la risau." Aku sudah mula membebel.
"Sayang. Abang baru teringat nak call sayang masa kami singgah dekat RnR. Tapi, handphone abang hilang entah kemana. Sumpah. Abang jumpa balik ni pun, mommy yang bagi masa sampai rumah dia haritu." Aku yakin mommy yang sengaja sorokkan. Kalau itu jawapannya malas aku nak cakap apa-apa lagi.
"Tapi, dalam gambar tu, Isya tengok abang gembira je," ujarku lagi. Cuba menduga kesetiaannya. Harris mengambil gambar-gambar itu dan ditelitinya.
"Kacak jugak abang, ek?" Eh? Dia boleh buat lawak pula. Aku memberikan jelingan maut.
"Okay-okay. Biar abang jelaskan. Sebenarnya abang gembiralah juga sebab tiba-tiba jadi bujang balik," sambungnya lagi dengan ketawa. Aku menolak kuat badannya sehingga terbaring di sofa. Aku mengambil bantal kecil dan memukul-mukul badannya.
"Suka sangat la ya, jadi bujang balik. Orang dekat rumah dah naik gila risaukan dia. Dia boleh berseronok dengan orang lain," jeritku namun tangan tidak putus-putus memukulnya dengan bantal.
"Sayang! Tak, mana ada. Abang gurau je. Sayang! Sakit la!" Akhirnya aku berhenti juga kerana penat. Aku kembali duduk dan memeluk bantal itu sambil memandang kaca telivisyen. Harris terus memeluk ku daripada tepi dan pipiku di cium.
"Abang bergurau saja la. Apa-apa pun, abang pergi sana kerana terpaksa. Itu saja." Sekali lagi pipiku di cium.
"I miss you," ujarnya lembut di telingku. Senyuman yang lebar kembali tersemat di bibirku. Harris memandangku dengan senyuman yang penuh makna.
Bab 15
Alahai... Bosannya duduk rumah sorang-sorang. Sebelum ni, Mak Yam jadi kawan aku untuk bersembang dekat rumah. Sekarang aku sorang-sorang duduk rumah ni. Nak kerja balik la. Tapi, Harris bagi ke aku kerja balik? Aku bermonolog sendiri. Akhirnya aku mencapai telefon dan nombor Wan didail.
Seketika kemudian, panggilan dijawab.
"Hello, Wan. Aku ni," ujarku kepada Irwan.
"Hah, Isya. Apahal kau telefon aku ni? Macam penting je," soalnya kembali kepadaku. Aku melabuhkan punggung di atas sofa dan kaki disilakan.
"Hmm, aku nak mintak tolong kau sikit." Lambat-lambat aku memberitahu hasratku.
"Apa bendanya? Cakap je la. Kalau aku boleh tolong, aku akan tolong," jawabnya kepadaku. Aku menggigit bibir. Betul ke putusan aku nak kerja balik ni?
"Hmm, aku nak minta tolong kau tanya pada Encik Asyfar, boleh tak kalau aku nak kerja sana balik?" Akhirnya aku berkata jua.
"What?! Kau nak kerja balik? Asal? Gaduh dengan laki kau?" Soalan cipumas di berikan. Apalah Irwan ni. Tak ada benda lain ke nak cakap?
"Eh, kau ni. Tak ada lah. Cuma aku bosan duduk rumah sorang-sorang. Kau tolong tanyakan, ek?" pujuk ku lagi.
"Okay. Nanti aku tanya. Yang kau beria-ia sangat ni, sudah mintak izin Harris ke belum? Nanti sia-sia je." Aku mendengus.
"Ala kau ni. Pasal tu, tahu la aku nak pujuk dia. Jangan nak sibuk lah. Sekarang ni, tugas kau tanya kat bos je tau." Aku menunggu responnya.
"Okay. Nanti aku telefon kau balik," cadangnya padaku.
"Alright. Aku tunggu. Jangan tak tanya pulak," ingat ku lagi.
"Ye lah. Aku tahu lah kerja aku," jawabnya dengan yakin.
"Okay, thanks. Bye " Aku mengakhiri perbualan kami. Hati aku benar-benar berharap yang aku akan diterima lagi. Tapi, ayat apa yang aku nak guna bila cakap dengan Harris nanti? Aku menggaru kepala.
Selepas makan malam, kami berdua duduk di sofa sambil menonton televisyen. Aku masih merangka ayat untuk memujuknya.
"Abang..." aku memicit-micit lengannya. Harris yang sedang kusyuk menonton telivisyen memandang sekilas ke arahku. Aku memandangnya dengan senyuman yang aku rasa paling menawan sekali. Harris ketawa kecil.
"Hmm... kalau di tengok gayanya, ni macam nak mintak sesuatu je?" duga Harris. Aku kehilangan kata-kata.
"Isya nak apa? Cakap saja la. Tak payah nak urut-urut badan abang ni," ujar Harris dan terus memandangku. Aku tersengih-sengih kerana tujuanku dapat dihidu.
"Hmm... abang," panggil ku dengan nada suara yang perlahan. Takut pun ada. Harris mengerutkan dahinya dan memandang tepat kedalam mataku. Seperti mahu membaca fikiran ku. Aku menelan liur.
"Ni mesti nak minta duit, nak beli kasut lagi? Shopping online lagi?" Aku pantas menggeleng. Harris memegang pipiku dengan kedua-dua tangannya dan terus memandangku.
"Hmm... Sayang abang ni, nak ajak abang pergi holiday ? Nak pergi mana? Kita pergi Paris nak? Nanti abang book ticket." Bersungguh-sungguh betul suami aku ni. Hadoiii... Aku menggenggam tangannya. Aku menarik nafas sekali.
"Isya nak minta izin kerja balik" Laju saja aku berkata-kata sambil menutup mata. Aku membuka mata semula dan melihat Harris sedang memandangku. Alamak... Tengok pandangan dia pun, aku sudah tahu jawapannya mesti tidak. Dia terus fokus pada televisyen semula. Aku menggigit bibir.
"Abang..." Aku tetap mencuba. Namun tiada jawapan.
"Okay. Nampaknya Isya dah tahu jawapannya, so perbincangan kita setakat ini sahaja. Terima kasih." Aku rasa dia sudah marah. Baik aku lupakan saja hasrat aku tu. Walaupun Encik Asyfar dah benarkan aku bekerja semula di syarikatnya, tapi kalau bos tak bagi green light tak boleh jugak.
"Kenapa Isya nak kerja balik?" Harris tiba-tiba bersuara. Namun, masih tidak memandangku. Aku tersenyum. Yes! Ada peluang lagi ni.
"Hmm... Isya saje je nak kerja balik. Isya bosan duduk sorang-sorang dekat rumah la abang," ujarku seakan memujuk. Aku menggenggam tangannya. Harris memandangku.
"Kerja dekat mana? Tempat lama?" tanya suamiku pula. Aku sekadar mengangguk.
"Kalau Isya dah bosan sangat duduk rumah, abang ambil pembantu. Tak pun, ikut abang pergi ofis. Pilih yang mana satu?" Ternganga sebentar mendengar cadangannya. Aku menundukkan muka dan memuncungkan mulut. Tak bagi lah tu. Beberapa saat kemudian, aku bangun. Baik aku masuk tidur dulu. Baru saja aku ingin melangkah, tanganku di tarik.
"Duduk dulu. Abang tak habis cakap lagi." Aku akur dan duduk kembali.
"Okay. Abang izin kan" Aku tersenyum gembira mendengar kata-katanya. Apabila aku ingin memeluknya, tiba dia menghalang.
"Ada dua syarat." Adoii... Ada bersyarat pula. Aku tekun mendengarnya. "Pertama, abang akan hantar dan ambil Isya setiap hari. Kedua, kalau abang tengok Isya tak dapat nak balance kan masa dengan keluarga, abang akan cakap sendiri dengan Encik Asyfar suruh berhentikan Isya. Faham?" Aku mengangguk.
"Okay. Isya ikut syarat abang. By the way, terima kasih, abang." Lalu aku terus memaut lengannya. Senyuman meleret tidak lekang daripada bibir.
"Dan satu lagi, abang tak nak..."
"Isya janji tak akan terlalu rapat dengan Irwan," pintasku. Aku membuat muka. Sudah ku agak. Sebenarnya ni sebab utama kenapa susah sangat nak bagi aku kerja balik.
"Tahu tak pe. Abang tak nak sayang rapat dengan dia. Abang akan cemburu." Laju saja kata-katanya. Aku ketawa perlahan. Hai suami aku ni. Tak habis-habis dengan cemburunya.
Bab 16
Nak tinggalkan aku lagi. Huhh... Aku memerhati Harris yang sedang sibuk mengeluarkan baju-baju kemejanya dari dalam almari. Harris memandangku.
"Kenapa sayang tercongok dekat pintu tu. Sini tolong abang kemas barang." Harris menarik tangan ku. Aku hanya mengekori saja. Entah kenapa aku rasa tak sedap hati bila dapat tahu dia nak pergi sana. Kalau dekat tak apa. Ni sampai Germany sana. Aku nak ikut dia tak bagi. Aku duduk di atas katil dan mencapai baju-baju untuk dilipat.
"Sayang, jangan risau lah. Abang teman daddy je dekat sana. Nanti kalau semuanya dah settle, abang balik la." Aku masih membisu. Tak tahu nak cakap apa lagi. Ya Allah, kau selamatkan lah perjalanan suami ku.
"Janganlah buat muka macam tu. Abang dah nak pergi ni. Sayang ni buat abang rasa serba salah," ujarnya sambil menggenggam tanganku. Beg besar sudah berada di luar rumah.
"Abang cepat balik tau. Nanti dekat sana jangan lupa telefon Isya, tau," kataku kemudian tangannya ku kucup. Harris tersenyum kearahku. Lalu dia menghampiri ku dan pipi ku diciumnya.
"Abang pergi dulu. Sayang jaga diri ya?" Akhirnya tangan di lepaskan. Aku hanya memandang sayu kehilangannya di sebalik pintu lif. Sedih pun ada. Bukannya sehari dua. Tapi, mungkin berbulan lamanya.
Aku lansung tidak memberi perhatian pada rancangan telivisyen. Aku masih ingat kata-kata suamiku pagi tadi. Harris berharap aku dapat balik jaga mommy dekat rumah. Hati aku sangat berat untuk ke sana. Namun bila difikir balik, ini merupakan salah satu arahan daripada suami. Cakap suami kena ikut. Aku mengeluh berat. Jika ini yang dipinta suamiku, aku akan turuti segala permintaannya.
Aku memandang lama rumah banglo di depanku ini. Hati aku tertanya-tanya. mommy boleh terima ke aku duduk dekat sini? Hati aku dipagut rasa kasihan apabila Harris memberitahu, mommy sudah berkerusi roda. Segala apa yang aku dengari, penyakit kencing manis mommy semakin teruk. Sampai sudah tidak boleh berjalan.
Aku tekad akan tinggal di sini untuk menjaga mommy walaupun aku dapat merasai mommy tidak menyenangi kehadiran aku di rumah ini. Aku buat semua ni demi Harris dan dengan niat yang baik pada ibu mertuaku. Aku menggenggam erat beg roda dan menariknya masuk ke dalam rumah.
"Assalamualaikum..." Aku membuka pintu. Eh, sunyi saja. Tak ada sesiapa ke? Aku menutup semula pintu dan meletakkan beg di tepi. Baru saja aku ingin menuju ke dapur, aku di kejutkan dengan satu suara.
"Farisya?" Aku memusing ke arah pemanggil itu dan senyuman lebar di berikan. Aku berjalan ke arahnya dan mencium tangannya. Walaupun wanita ini hanya pembantu rumah, tapi dia sudah aku anggap seperti emak.
"Mak Yam sihat?" ujarku selepas aku memeluk tubuh tua itu. Wanita itu tersenyum melihatku.
"Mak Yam sihat Farisya. Farisya apa khabar?" soalnya padaku pula.
"Sihat alhamdulillah. Farisya balik ni sebab nak jaga mommy," terangku menyangka Mak Yam tidak tahu Harris tiada.
"Mak Yam tahu. Harris ada bagitahu Mak Yam. Kamu mesti penatkan? Pergi naik rehat," ujar Mak Yam lalu mengangkat begku. Sebelah tangannya lagi, memeluk pinggangku dan membawa ku ke bilik.
"Mak Yam, mommy mana?" soalku apabila kami sudah berada di tingkat atas banglo.
"Ada dekat dalam biliknya. Tak berapa sihat lagi," jawab Mak Yam. Aku memandang pintu bilik mommy yang tertutup rapat.
"Farisya nak jenguk mommy sekejap." Tanpa menunggu kata-kata Mak Yam aku terus menuju ke biliknya. Pintu bilik itu dibuka. Terus terasa sejuk akibat penghawa dingin di dalam bilik itu. Aku merapati mommy yang sedang terbaring lemah di atas katil. Aku melutut di tepi katil. Tangannya aku genggam dan ku kucup lembut.
"Hei! Apa ni?" Kepala ku di tolak membuatkan aku sedikit kebelakang. Ya Allah kuatkan lah kesabaran ku untuk terus tinggal di rumah ini. Sesungguhnya aku lakukan semua ini demi suamiku.
"Mommy, Isya tinggal dekat sini untuk sementara waktu ya mommy?" Lembut suaraku. Cuba untuk tidak melawan.
"Nak buat apa kau balik sini? Pergi balik rumah kau!" Namun suara mommy masih keras. Mak Yam hanya menjadi pemerhati
"Mommy... Harris yang mintak Isya jaga mommy untuk sementara waktu. Mommy kan tak sihat," ujarku lagi, cuba untuk memujuk.
"Aku sihat je la. Bila tengok muka kau dekat sini, sakit mula datang tahu tak? Kau yang membawa penyakit!" Mommy masih tidak berubah. Masih tidak dapat menerima aku walaupun sudah masuk 2 tahun aku menjadi menantu di rumah ni. Dengan perlahan aku meninggalkan biliknya. Malas nak naikkan marah mommy lagi.
"Sabar ya, Farisya?" nasihat Mak Yam pada ku. Aku hanya tersenyum dan terus berjalan memasuki bilik ku. Penat menjalar ke seluruh badanku. Ada bagusnya kalau aku mandi dan solat asar. Selepas selesai solat asar, aku terus terlelap. Mungkin penat sangat.
Bab 17
"Marilah makan sekali, Mak Yam. Saya makan sorang saja ni," laungku pada Mak Yam yang sedang mengemas di dapur.
"Ye la. Sekejap Mak Yam nak ambil pinggan," jawab Mak Yam daripada dapur. Seketika kemudian, Mak Yam kembali bersama pinggan di tangan.
"Mak Yam, mommy dah makan?" tanyaku pula.
"Belum lagi, Isya. Lepas ni Mak Yam masakkan bubur untuk Datin," jawab Mak Yam dan terus menyuap nasi ke dalam mulutnya. Kami menikmati makanan bersama. Namun terselit rasa sunyi bila Harris tiada.
Selepas saja makan, aku menawarkan diri untuk memasak bubur untuk mommy. Selepas siap, aku terus menatang talam naik ke bilik mummy.
"Mommy..." Aku menolak daun pintu. Keadaan bilik yang gelap menyukarkan aku untuk berjalan. Aku meletakkan bubur di atas meja tepi katil, lalu lampu meja di buka.
"Mommy, makan sikit. Isya ada masakkan bubur untuk mommy. Isya tahu mommy mesti laparkan?" Aku duduk di tepi katil dan mengacau-ngacau bubur yang masih panas. Aku agak terkejut apabila melihat mommy bangun daripada baringnya. Terus mangkuk bubur di tanganku di ambilnya. Aku tersenyum. Tak ada la susah mana nak suruh dia makan. Mommy memasukkan sesudu bubur ke dalam mulutnya. Tiba-tiba dia meluah semula bubur itu.
"Kenapa mommy? Panas sangat ke?" Aku pantas mengambil tisu dan mengelap mulut mommy.
"Apa yang kau masak ni? Bubur ke apa? Tak ada rasa lansung. Kau saja nak balas dendam pada aku ya?" Suara mommy kembali kuat. Aku menjadi serba tak kena. Pantas mangkuk bubur itu diberi semula padaku. Mommy mencapai segelas air milo suam di tepi. Dan sekali lagi dia menyemburnya semula.
"Ni air milo ke air koko? Tak manis lansung," jerit mommy lagi.
"Mommy tak boleh minum manis sangat. Isya dah letakkan sesudu je," jawabku dengan sopan. Tak semena-mena, air milo suam itu di simbah ke muka ku. Aku terkejut. Bubur di atas meja pula di tepisnya hingga jatuh di atas lantai. Mangkuk habis berderai di atas lantai. Dengan hati yang sabar, aku membersihkan tumpahan itu.
Mommy terus baring dan lansung tak ada rasa bersalah. Mak Yam masuk ke dalam bilik membantu ku. Entah bagaimana, tangan ku terkena kaca.
"Arghh!" Aku menjerit kerana terkejut. Darah mengalir dengan agak banyak.
"Farisya. Berdarah dah tangan kamu. Sudah biar Mak Yam yang kemas. Pergi ubat luka tu." Aku bangun dan terus berlari anak menuju ke bilik.
Aku masuk ke dalam bilik air dan membasuh luka ku. Sakit pada tapak tangan aku tahan. Selepas membasuh, darah masih mengalir. Aku berjalan ke arah laci dan mencari ubat. Selesai meletak ubat aku duduk di atas katil. Mengingati peristiwa tadi, sangat memilukan hati. Tiba-tiba aku merindui Harris. Air mata sudah bertakung di tubir mata. Aku menarik nafas cuba untuk menenangkan hati.
Tiba-tiba, telefon bimbit ku berbunyi. Air mata aku menitis apabila membaca nama yang tertera. Aku menekan button hijau di skrin dan telefon diletakkan di telinga.
"Assalamualaikum, sayang." Harris bermula bicara. Aku tersenyum gembira mendengar suaranya. Namun, air mata rindu tetap mengiringi.
"Waalaikumusalam, abang," jawabku pula.
"Sayang nangis? Kenapa ni?" tanya Harris kepada ku. Aku cepat-cepat mengawal air mata dan bunyi suaraku. Tidak mahu dia syak macam-macam.
"Isya rindu abang," ujarku menyata helah. Harris ketawa.
"Belum cukup 24 jam lagi sayang dah rindu abang? Hmm... dasyat," jawabnya pula. Aku ketawa kecil mendengarnya. Aku terpaksa menipu. Aku tak nak dia susah hati.
"Sayang sudah makan? Dekat sana malam kan?" tanya suamiku lagi.
"Ha'ah. Malam dah. Isya dah makan tadi abang. Isya ada dekat rumah mommy ni," jawabku pula. Aku duduk bersila di atas katil.
"Oh, ya? mommy sihat?" tanya suamiku pula.
"Sihat. Cuma mommy susah nak berjalan. Abang nak tahu tak, mommy senang nak makan. Tak payah nak paksa-paksa." Aku bersemangat mahu bercerita namun tersimpan rahsia disebaliknya.
"Ye ke? Agaknya mommy suka menantu dia yang jaga," ujar suamiku lagi.
"Hmm... abang. Isya nak tidur dulu la. Esok Isya kerja," kataku untuk menamatkan perbualan.
"Okay. Sayang take care ya? Nanti kalau ada masa abang telefon lagi," jawabnya pula.
"Okay abang. Abang pun dekat sana jangan nakal tau," nasihatku padanya. Harris ketawa mendengar kata-kata ku.
"Jaga diri ya sayang. Love you," ujarnya pula. Aku tersenyum suka.
"Love you too. Bye. Assalamualaikum," ujarku pula. Selepas mendengar jawapan salamnya, talian di putuskan.
Aku tersenyum seorang diri di atas katil. Lepas rindu pada cik abang. Lalu aku membuat keputusan untuk menutup lampu dan terus tidur.
Bab 18
"Tahniah puan Farisya. Kandungan puan sudah 2 bulan." Selepas sahaja mendengar kata-kata doktor Laila, aku memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana telah mengizinkan sekali lagi untuk aku mengandung. Aku tiba-tiba teringat pada suamiku yang nun jauh di sana. Sudah 2 bulan lebih aku hidup tanpa dia.
Aku keluar daripada klinik itu dengan hati yang girang. Selepas menghidupkan enjin kereta dan memasang pendingin hawa, aku mencapai telefon bimbit lalu pantas mendail nombor orang tersayang.
"Assalamualaikum, sayang!" riang suara suamiku menjawab panggilan. Aku juga bertambah gembiralah.
"Waalaikumusalam, abang. Abang sihat?" tanyaku pula sebagai pembuka kata.
"Sihat alhamdulillah. Ceria je abang dengar. Kongsi la," ujarnya pula. Aku sudah ketawa. Pandai betul Harris ni bab meneka.
"Memang Isya nak kongsi dengan abang lah ni. Abang orang pertama yang dapat tahu," jawabku kemudian kembali ketawa.
"Ya ke? Apa dia tu? Tak sabar abang nak tahu," jawab Harris pula.
"Papa, kalau ibu mengandung lagi macam mana?" tanyaku pula cuba untuk memberi hint.
"Kenapa pulak nak tanya abang? Kalau ada rezeki..." kata-katanya terhenti. Aku sudah ketawa.
"Sayang mengandung?!" jeritnya. Aku ketawa lagi.
"Alhamdulillah, abang. Sudah masuk 2 bulan," jawabku sambil ketawa lagi. Harris juga menyambut tawaku.
"Syukur alhamdulillah... Hish... Abang nak balik," ujarnya sepenuh hati.
"Kalau tak settle lagi dekat sana macam mana nak balik?" Aku faham dengan situasi disana. Aku tak boleh nak paksa dan terasa. Aku cuma doakan agar dia selamat dekat negara orang tu.
"Abang cakap dekat daddy, yang abang nak balik. Mesti daddy bagi punya," jawabnya lagi.
"Tak payah lah abang. Tak kesian ke dekat daddy? Isya okay dekat sini. Abang settle kan dulu kerja dekat sana, baru balik," nasihatku padanya. Tak semena-mena satu keluhan berat kedengaran.
"Abang risaukan sayang. Abang jauh sangat nak selalu ada dengan sayang." Satu lagi keluhan berat kedengaran.
"Tak apa lah abang. Mommy ada, Mak Yam ada, mama papa pun ada. Abang jangan risau lah. Setiap hari kita berbual dekat telefon ya?" Aku cuba untuk meyakinkan yang aku tidak apa-apa.
"Apa yang abang risaukan ialah mommy. Abang takut mommy buat macam-macam lagi. Ya Allah," terangnya lagi. Aku termenung seketika.
"Isya pasti mommy takkan buat semua tu dah. Kan mommy tengah sakit abang. Lagipun mommy dah banyak berubah tau. Sudah tak macam dulu. Abang ni tak baik tau buruk sangka pada mak sendiri," bangkangku pula.
"Abang cuma risaukan keadaan sayang. Tambah lagi sayang tengah berbadan dua sekarang ni. Abang harap sangat yang mommy memang betul-betul sudah berubah," jawab Harris. Ya. Aku juga berharap yang mommy akan berubah.
"Okay lah abang. Isya dalam kereta ni. Sudah nak tengah hari. Isya nak balik dulu," ujarku meminta diri.
"Okay sayang. Drive safe okay. Nanti abang telefon sayang. Bye. Love you," ujar Harris. Selepas aku menjawab salam, talian diputuskan.
"Farisya! Farisya!" Aku terdengar suara mommy dari dapur. Aku dan Mak Yam saling berpandangan.
"Pergilah cepat Isya. Nanti bertambah bising." Aku mengangguk dan terus berlari menaiki tangga. Suaranya yang kuat masih kedengaran.
"Farisya!" Aku membuka pintu biliknya lalu berjalan menghampiri. Mommy memandang tajam ke arahku.
"Kau pekak ke? Tak dengar aku panggil?" Keras suaranya bertanya padaku. Dengan perasaan tenang aku menjawab.
"Isya minta maaf mommy. Isya dekat dapur tadi. Ada apa yang Isya boleh tolong?" ujarku dengan sopan. Mommy yang sedang duduk diatas kerusi roda berkata lagi.
"Aku nak baring. Cepat baringkan aku atas katil," arah mommy. Dengan pantas aku menolak kerusi rodanya menghampiri katil dan membantunya berdiri dan duduk semula di atas katil. Setelah selimutkannya, aku terus melangkah keluar. Rasanya dia tak nak apa-apa lagi. Aku menutup pintu dan mula menuruni tangga.
"Farisya! Farisya!" jeritan kembali lagi. Aku naik balik tangga dengan hati yang sabar.
"Ada apa mommy?" kataku masih sopan setelah berdiri menghampirinya.
"Aku nak makan. Cepat bawakkan makanan ke sini," arahnya lagi padaku.
"Baiklah mommy." Dengan perlahan aku kembali keluar daripada bilik itu. Tangga dituruni dengan perlahan.
"Farisya! Farisya!" Langkahku terhenti lagi dan kembali naik ke atas. Ya Allah. Sabar lah banyak-banyak, Farisya.
"Ada apa-apa lagi, mommy?" aku tetap bersopan.
"Aku tak nak air kosong. Aku nak air lain." Mommy mengarah lagi.
"Ada apa-apa lagi mommy?" aku bertanya supaya tidak perlu lagi aku berulang alik menaiki tangga.
"Kenapa?" mommy bertanya.
"Tak ada la Isya nak ulang-alik lagi. Mommy cakap saja apa yang mommy perlukan. Nanti Isya bawa naik sekali," ujarku lagi dengan sopan.
"Suka hati aku lah. Ni rumah aku. Lagipun kau pernah cakap dulu yang kau akan buat apa saja yang aku suruh asalkan aku dapat terima kau sebagai menantu aku. Aku tengah buat la ni," terangnya panjang lebar. Aku mengerut dahi. Aku cuba untuk tersenyum.
"Baiklah. Isya faham. Isya keluar dulu." Dengan hati yang bercampur baur aku keluar dan terus menuruni tangga. Jeritan namaku sudah tiada lagi.
Bab 19
Aku memandang diriku di dalam cermin. Ah! Baju ni sudah tidak muat. Nampaknya kena beli baju baru ni. Aku tersenyum sendiri sambil mengusap perutku yang sedang memboyot. Sudah masuk 8 bulan kandunganku. Dalam pada aku gembira menanti kelahiran bayi ini, hati aku masih gelisah dan kadang kala takut. Sekarang ni, mommy sudah pun tahu aku mengandung. Aku risau dia buat apa-apa lagi. Ya Allah. Engkau lindungilah anak ku ini. Doaku dalam hati sambil mengusap-ngusap perutku.
"Farisya! Farisya!" Mommy menjerit lagi. Kali ini apa yang dia mahukan? Aku terus berjalan keluar daripada bilik dan menghampiri mommy yang sedang berada di ruang tamu. Mommy kini sudah boleh berjalan tapi menggunakan tongkat.
"Aku nak kau kemaskan bilik aku sekarang juga. Tukar cadar dan sarung bantal. Jangan lupa mop lantai sekali," arah mommy padaku.
"Isya mana larat nak buat semua tu mommy. Sejak kebelakangan ni Isya sakit belakang. Nanti Isya minta Mak Yam tolong ya?" ujarku dengan sopan. Dengan kandungan yang semakin sarat sekarang ni sukar untuk aku membuat kerja rumah. Sebelum ni tak ada masalah.
"Siapa yang suruh kau mengandung? Aku tak peduli. Kau buat semua tu sekarang. Pergi!" jerit mommy lagi. Aku mengeluh. Ya Allah kau jagalah kandungan aku ini. Tanpa berlengah lagi aku terus menaiki tangga dan masuk ke dalam bilik mommy.
Aku menarik nafas seketika melihat keadaan dalam bilik itu. Sangat bersepah. Bantal sana sini. Baju-baju bersepah. Aku tahu mommy memang sengaja. Aku berjalan menghampiri katil dan mula membuka cadar. Tilam yang agak berat aku cuba angkat walaupun tidak terdaya. Aku melakukannya dengan berhati-hati. Selepas membuka semua cadar dan sarung bantal, aku duduk buat seketika. Aku mengurut belakang. Terasa sengal.
Kerja diteruskan lagi dengan memasang cadar baru. Selepas selesai, aku turun ke bawah semula. Pintu bilik stor ku buka. Aku mencapai mop dan baldi. Kemudian aku mengangkatnya ke tingkat atas. Peluh sudah membasahi dahiku. Dengan berhati-hati aku mendaki tangga itu.
"Farisya! Kamu buat apa tu?" Aku berhenti dan memandang milik suara itu. Senyuman ku berikan.
"Isya nak kemas bilik mommy," jawabku pula. Mak Yam segera berjalan ke arahku.
"Biar Mak Yam tolong ya?" Aku sedikit lega bila Mak Yam ingin membantu kerana aku sudah penat.
"Yam. Tak payah nak tolong dia. Pergi masak sekarang. Aku sudah lapar" arah mommy lagi. Mommy memang kejam. Tidak mengapalah. Aku perlu banyak bersabar. Aku lakukan semua ni demi suamiku.
"Tapi, datin. Kesian Farisya ni. Mana larat nak buat sorang-sorang," kata Mak Yam cuba untuk memujuk. Mommy memandang tajam pada Mak Yam.
"Siapa yang bayar gaji kau? Dia ke aku? Jangan nak banyak soal. Pergi masak sekarang!" jerit mommy. Mak Yam memandang mukaku. Aku cuba untuk senyum.
"Tak apa Mak Yam. Isya boleh buat sorang," ujarku dengan tenang sebelum meneruskan langkah menaiki tangga.
Kerja di sambung lagi. Tertunduklah aku mengemop lantai. Sakitnya pinggang ini hanya tuhan saja yang tahu. Apabila aku terasa amat letih, aku duduk buat seketika. Selepas selesai segala kerja, aku putuskan untuk berehat di dalam bilik. Lega rasanya apabila dapat baring di atas katil. Sakit sangat rasanya betis dan pinggang aku ni. Kan bagus kalau Harris ada di sini. Aku tersenyum seketika mengingati suamiku.
Walaupun sudah lama tidak berjumpa, namun dia tidak pernah lupa untuk berhubung. Tiba-tiba telefon bimbit berbunyi. Dengan perlahan aku bangun dan mencapai telefon di atas meja solek. Senyuman bertambah meleret apabila melihat nama yang tertera.
"Assalamualaikum, abang." Aku duduk di birai katil.
"Waalaikumusalam, sayang. Sayang sihat? Baby kita macam mana?" soalnya panjang lebar. Aku mula ketawa.
"Isya okay. Baby pun sihat, alhamdulillah. Abang dekat sana macam mana?" soalku pula.
"Abang dekat sini macam biasa lah. Sayang insyaallah, minggu depan abang balik. Sayang tunggu abang ya?" kata-katanya membuatkan aku sangat gembira.
"Abang balik minggu depan? Maknanya abang ada masa Isya bersalin nanti. Yes! Tak sabar rasanya. Isya rindu sangat pada abang," ujarku pula. Tanpa sedari air mata mengalir. Mungkin terlalu rindu pada dia.
"Abang pun rindu sangat pada sayang. Dah tak sabar sangat abang nak balik ni," ujar Harris lalu ketawa. Aku mengesat air mata kerinduan. Aku tidak sabar menunggu hari itu tiba. Senyuman aku meleret lagi.
Bab 20
Pejam celik. Pejam celik. Esok merupakan hari yang aku nantikan. Kepulangan suami yang dicintai. Aku meletakkan sikat di atas meja solek. Aku merenung cermin. Senyuman terpamir lagi. Dalam hati ini memang tidak sabar menanti kepulangan Harris. Aku memegang perutku yang sudah semakin sarat.
"Anak ibu mesti tak sabar nak jumpa papa, kan? Esok papa balik. Ibu rindu sangat pada papa," ujarku sambil tersenyum. Aku mengusap lembut perutku. Kepulangan Harris dan daddy hanya aku yang tahu. Harris cakap nak buat suprise pada mommy dan Helina. Kebetulan juga, Helina akan balik esok. Cuti semesta. Mesti meriah keluarga pada hari esok.
"Farisya! Farisya! Turun cepat!" Mommy menjerit lagi. Aku berjalan keluar dan terus menuruni tangga. Apahal mommy ni? Tiba-tiba aku merasakan anak tangga terakhir licin dan aku terus tergelincir.
"Arghh!" aku menjerit kesakitan. Aku yakin aku terhentak kuat di atas lantai. Aku memaut pemegang tangga di sebelah. Tangan kanan memegang perut yang mula terasa sakit. Ya Allah. Sakitnya.
"Mak Yam! Aduh, sakitnya!" Aku cuba menjerit memanggil Mak Yam namun tidak di dengari.
"Mak Yam! Tolong! Arghh!" Aku menjerit lagi sambil memegang perutku. Tidak lama kemudian, aku melihat cecair merah mengalir di bawah punggungku.
"Ya, Allah! Mommy! Mak Yam!" Aku cuba menjerit lagi namun tiada siapa yang datang. Air mata kesakitan sudah mengalir tanpa henti. Aku menguatkan diri mengesot menuju ke pintu rumah.
Bunyi baldi yang terjatuh mengalihkan pandanganku. Mommy! Mommy yang buat! Namun kesakitan yang aku alami kini sudah tidak dapat di tahan. Peluh mula memercik di dahi.
"Mommy! Tolong Isya mommy!" Aku merayu pada mommy. Namun dia hanya melihat aku sambil berpeluk tubuh. Dia ketawa pada ku. Air mata aku semakin laju mengalir. Darah di kelangkangku semakin banyak. Ya Allah selamatkanlah anak ku! Aku tidak putus-putus berdoa dalam hati.
Akhirnya aku terbaring di situ menahan sakit yang teramat. Nafas tercungap-cungap menahan sakit. Pada ketika ini aku hanya mengingati Harris.
"Abang!" tangisan aku semakin kuat. Aku mengetap bibir kerana teramat sakit. Aku memegang perutku. Lama kelamaan aku semakin lemah. Hampir saja aku menutup mata, aku terdengar satu suara.
"Kak Isya! Ya Allah!" Helina terus berlari ke arahku sambil menangis.
"Lina, selamatkan anak akak." Dan akhirnya aku tidak sedarkan diri.
Aku terbangun apabila terdengar suara tangisan seseorang. Aku amat mengenali suara itu. Aku membuka mata dengan perlahan. Terasa tanganku di genggamnya erat.
"Abang." Aku memanggil. Harris mengangkat muka dan memandangku. Dia terus memelukku.
"Farisya! Sayang dah bangun? Abang risau sangat pada Isya," ujarnya bersungguh-sungguh. Tanganku di cium berkali-kali. Aku memapirkan senyuman.
"Isya rindu abang." Lembut suaraku mengucapkannya. Harris yang masih menangis mencium pipiku.
"Abang, kenapa menangis ni?" Aku mengelap air matanya.
"Janganlah menangis," ujarku lagi. Akhirnya senyuman yang amat aku rindui muncul. Aku memegang perutku. Aku gugur lagi ke? Ya Allah. Takkan lagi sekali? Aku menarik nafas.
"Abang, Isya minta maaf. Isya gagal menjaga anak kita lagi," kataku. Air mata kekesalan turun jua. Harris cepat-cepat menyeka air mataku.
"Sayang, jangan cakap macam tu lah. Anak kita selamat dan sihat sayang." Setelah mendengar kata-katanya, aku terkedu seketika.
"Anak kita selamat? Betul ke ni?" Harris mengangguk sambil tersenyum. Tanganku di gengam lagi.
"Anak kita lelaki. Walaupun lahir tak cukup bulan, tapi dia sihat alhamdulillah," terang Harris lagi. Aku begitu bersyukur pada Allah kerana memberi kami peluang untuk mendidik anak.
"Alhamdulillah." Aku tersenyum gembira.
"Alahai comelnya cucu nenek ni. Comelkan cucu kita abang?" ujar mama sambil mengendong anakku. Seronok sungguh mereka dapat cucu baru.
"Harris. Isya. Sudah ada nama untuk anak kamu ni?" tanya papa kepada kami. Aku dan Harris saling berpandangan.
"Hmm... Macam mana dengan nama Muhammad Farish?" Harris memandangku. Aku menggeleng.
"Kita namakan anak kita Muhammad Asyraf. Okay?" Aku mencadang. Namun, tiba giliran Harris menggeleng.
"Tak sedaplah. Farish la," bangkangnya pula.
"Hish... Asyraf la lagi sedap," bangkangku pula. Aku tetap dengan pilihan aku.
"Farish"
"Asyraf"
"Okay. Sudah-sudah. Kita namakan dia Muhammad Farish Asyraf. Sudah ada anak pun nak bergaduh lagi." Akhirnya papa yang selesaikan. Aku dan Harris saling ketawa. Tiba-tiba pintu wad di ketuk. Semua melihat gerangan manusia yang masuk.
Harris terus mengeluh dan membelakangkan mereka. Aku juga ingin membuat begitu tapi, hati aku kata tidak.
"Assalamualaikum, semua. Kami datang ni nak tengok orang baru," ujar daddy. Kemudian, daddy dan Helina terus berkerumun bersama mama dan papa. Mommy memandang lama ke arahku. Ada lagi yang tak kena ke? Aku tahu mesti dia marah sebab rancangan dia tidak berjaya.
Mommy berjalan ke arahku dan terus memegang tanganku sambil menangis. Aku terkedu. Harris terus memeluk ku cuba untuk melindungi.
"Mommy nak buat apa lagi? Cukup-cukup lah mommy. Terimalah hakikat yang Farisya ni memang jodoh Ris," ujar Harris.
"Mommy nak minta ampun pada Isya. Mommy banyak berdosa dengan Isya. Isya tolong maafkan mommy," ujar Mommy pula sambil menangis. Dia menggenggam tanganku seeratnya. Aku hanya diam seribu bahasa.
"Mommy memang betul-betul sudah insaf Isya. Tolonglah maafkan mommy." Aku masih membisu. Patut ke aku maafkan segala apa yang dia lakukan?
"Daddy harap Isya dapat maafkan mommy. Mommy dah betul-betul menyesal Farisya." Aku memandang muka mommy yang sudah merah. Sesekali terdengar esakannya. Aku melepaskan genggaman tangannya.
"Mommy sepatutnya minta maaf dengan Allah. Bukan dengan Isya," ujarku dengan sopan.
"Jadi Isya sudah maafkan mommy?" Aku tersenyum mengiakan kata-katanya. Mommy menarikku kedalam pelukannya.
"Terima kasih Isya. Terima kasih." Aku membalas pelukannya. Alhamdulillah Allah telah membuka pintu hatinya untuk menerima aku sebagai menantunya. Ini lah yang aku impikan selama ini. Terima kasih Allah. Aku telah menemui kebahagiaan yang sebenar.
Tamat.
dikarang oleh,
Dila Dalila
No comments:
Post a Comment