Haloo... Sedikit info mengenai si penulis kecik ni. Yup! memang kecik. Nama diberi Syamy Adilah Bt Abdul Rahman. Asal Perak Darul Ridzuan. Lahir pada tahun 1996.(kira sendiri) Blog ini di create untuk aku berkongsi karya yang tak seberapa. Sedang belajar dalam jurusan Diploma Seni Bina bagi sesi Jun 2014.. Dan bercita-cita untuk menghasilkan novel sendiri.
Aku mula minat menulis sejak tingkatan 3 lagi. Pada tahun 2011. Orang lain sibuk study nak PMR, aku duk tok tik tok tik keyboard lappy. Mak dah comfirm la bising. Tapi apa nak buat. Tetiba minat menulis cerita sendiri tu sangat mendalam. Mungkin sedalam telaga. So, kena la pandai bahagikan masa.
Bagi kami yang sangat menggemar membaca novel ni, sudah semestinya itu menjadi salah satu penyebab utama kenapa boleh terjebak dalam dunia penulisan ni. Memang tabik la bagi penulis-penulis handal seperti Ramlee Awang Murshid (penulis novel thriller) yang menghasilkan banyak novel thriller yang wujudnya unsur suspen, seram, dan sebagainya. Novel bertajuk Mikhail, Ungu Karmila, Aku Bercerita, Rahsia Perindu merupakan antara karya terbaik beliau.
Novel Andai Itu Takdirnya, 7 Hari Mencintaiku, Cinta Kau dan Aku sangat menarik perhatian pembaca dengan gaya penceritaannya. Siti Rosmizah pandai mengolah ayat dan jalan perceritaan yang semestinya penting untuk menarik minat pembaca. Walaupun novel-novelnya tebal seperti kamus, tetapi para pembaca tidak merasa bosan.
Mereka merupakan antara idola dan permulaan untuk aku mula berkarya. Alangkah bagusnya dapat menjadi penulis yang berjaya seperti mereka. Senang ke nak jadi penulis ni? Susah... Bermain dengan ayat itu penting. Kalau tidak macam mana pembaca nak merasai hasil karya kita? Kalau di baca semula cerpen pertama aku yang bertajuk I Love You, (nanti aku upload) hurmmm... memang version kanak-kanak punya ayat. Tak menarik langsung.
Aku banyak sangat belajar daripada group mari menulis di facebook. Semakin hari penggunaan ayat aku ada peningkatan. Alhamdulillah. Niat nak belajar Allah akan permudahkan. Seterusnya aku berjaya menyiapkan novelet (lebih panjang daripada cerpen tapi lebih pendek daripada novel) yang bertajuk, Siapa cintaku? pada tahun 2012. Pada tahun 2014, aku siapkan novelet yang kedua iaitu, Sabarlah, Farisya.
Ada juga yang bertanya bila nak siapkan yang baru? Hahaha... Aku hanya mampu ketawa sebab buat masa sekarang ni tak ada masa nak buat. In progress... tapi lama sangat. Cerita tergantung takat tu je. Tapi tak apa, aku akan cari masa untuk buat comeback!
No comments:
Post a Comment